SEARCH

Kekuatan Carbon Core Guard Sungguh Mengagumkan

Kekuatan Carbon Core Guard Sungguh Mengagumkan

Minggu lalu, G-Shock mengadakan jerayawara di ruang legar utama Mid Valley Megamall Centre Court (CCGF) untuk memperkenalkan inovasi terkini daripada Casio G-SHOCK iaitu model Carbon Core Guard. Pameran  seminggu ini bermula dari 8 April dan berakhir pada 14 April 2019, menampilkan karbon fiber juga dikenali sebagai “kekukuhan generasi ketiga”.

Carbon Core Guard Keras, Kuat, Ringan

Kelebihan menggunakan bahan daripada karbon fiber ialah ia keras, kuat, ringan, tahan perubahan haba dan kuat terhadap perubah bentuk. Pada dasarnya, serat karbon menggabungkan resin yang ringan dengan kekuatan melebihi logam untuk merevolusikan rintangan kejutan.

Pameran dimulakan dengan pelancaran besar-besaran yang diadakan pada 11 April. Dua siri model karbon baharu, GA-2000 dan GWR-B1000 Gravitymaster kedua-duanya menggunakan struktur Pengawal Karbon Teras diperkenalkan pada pelancaran ini buat pertama kali di Malaysia. Sebagai tanda pelancaran rasmi acara tersebut, VIP dipertanggungjawabkan membuang jam tangan G-SHOCK ke arah sasaran bullseye diikuti dengan gimik dram Jepun daripada pemain yang sangat energetik.

GA-2000 Lebih Ramping

Mengangkat reputasi ultra-G-SHOCK Casio ke tahap lebih tinggi dan mempamerkan gaya luaran baharu dengan paparan yang lebih ramping. Analog-digital GA-2000 dengan struktur Pengawal Karbon Teras termasuk ciri-ciri yang ketara seperti case gentian karbon, guardless button, butang cahaya di hadapan, dua struktur case belakang dan jalur tali pelbagai warna. Satu lagi keunikannya tidak seperti G-Shock lain ialah talinya boleh dibaringkan rata sama seperti case nya tanpa menggunakan alat khas untuk menukar tali. Struktur kalis kejutan yang baru menandakan kemajuan penting teknologi teras jenama, menjadikan model ini pembawa piawai baru barisan G-Shock.

Gravitymaster Paling Ringan

Gravitymaster GWR-B1000 dengan case monocoque karbon baru, sangat kuat tetapi ringan pada masa sama. Direka untuk persekitaran yang lasak yang dihadapi oleh juruterbang, jam tangan baru ini memberikan tahap keteguhan yang lebih tinggi melalui penggunaan bahan karbon dan titanium yang terdapat pada pesawat moden. Gravitymaster GWR-B1000 dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri premium, termasuk 52 lapisan bezel pelapisan karbon, band penyerap karbon fiber, dan kaca nilam kalis calar yang meningkatkan kebolehbacaan. Jam tangan itu juga menggunakan teknologi solar yang kuat, timekeeping atom, Bluetooth dan mempunyai LED yang secara automatik menerangi dalam keadaan gelap.

Apabila dunia mengganggap kita tidak boleh menjadi lebih kuat, kita buktikan sebaliknya hari ini dengan memperkenalkan siri G-SHOCK Carbon Core Guard, jam tangan yang lebih berdaya tahan daripada barisan rangkaian G -SHOCK.” Tezuka Itsuro, Pengarah Urusan Casio Malaysia.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE