SEARCH

Pesona 8,888 Kelopak Bunga Di Pavilion KL Sempena CNY 2018

Pesona 8,888 Kelopak Bunga Di Pavilion KL Sempena CNY 2018

Serba merah, sedia terpesona dan menghayati keindahan Dream Garden of Prosperity sempena Tahun Baru Cina (CNY 2018) di Pavilion KL.

CNY 2018 BY STAIL.MY 1

Seperti alam mimpi, ‘Dream Garden of Prosperity’ membawa perkhabaran baik dan sentuhan magis CNY kepada semua pengunjung. Tanpa mengira pelancong asing, mahupun pengunjung tempatan, Pavillion KL berlapang dada mengundang kehadiran kamu dengan perhiasan-perhiasan CNY yang menawan.

Gerbang masuk Pavillion KL dihiasi penuh dengan bunga-bungaan dan aneka replika burung yang bertebangan. Bermula dari air pancut bunga raya ikonik, kamu seperti berjalan di taman kayangan. Saat melangkah masuk, kamu akan disambut pula dengan juntaian bunga-bunga merah jambu nan indah.

CNY 2018 BY STAIL.MY 2

Ruang legar dihiasi dengan 8,888 kelopak bunga yang bergentayangan di udara. Perasaan merasa bahagia sahaja. Tenang melihat bunga-bunga merah yang asyik berkembang di tengah pentas. 8,888 kelopak itu tadi melambangkan harmoni dan perpaduan, memberi tanda ucapan terima kasih kepada sekalian rakyat Malaysia yang tak jemu bertandang ke Pavilion KL.

Taman makmur bak kayangan ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Kanan Pelancongan Malaysia, Datuk Zulkefli Haji Sharif, Philip Ho selaku CEO Pavilion KL serta ahli-ahli lembaga pengarah Pavilion KL.

Festival CNY 2018 anjuran Pavilion KL ini turut mendapat pengiktirafan daripada Duta Argentina, E. Manuel Balaguer Salas, Duta Brazil, Carlos Martins Ceglia dan Yang Terutama Mohammed Reda Benkhaldoun, Duta Besar Kerajaaan Maghribi.

Kami mengundang semua, tanpa mengira bangsa dan agama untuk meraikan bersama Dream Garden of Prosperity. Semangat perpaduan antara kita rakyat Malaysia telah menjadikan kita unik di mata dunia. Gong Xi Fa Cai!” –  YB Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong

Terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik yang akan dijalankan sepanjang Tahun Baru Cina 2018. Antaranya, segmen “Dewa Sejahtera”, persembahan budaya, tarian singa dan pelbagai lagi. Maybank sebagai rakan bank rasmi sempena Tahun Melawat Pavilion 2018.

CNY 2018 BY STAIL.MY 3
Sepuluh ekor singa sebagai simbolis ulangtahun ke-10 Pavilion KL

 

CNY 2018 BY STAIL.MY 4

CNY 2018 BY STAIL.MY 5

CNY 2018 BY STAIL.MY 5

CNY 2018 BY STAIL.MY 6

CNY 2018 BY STAIL.MY 7

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE