SEARCH

Cyborg Tiba di Pameran Human+ : The Future of Our Species di Muzium Art Science Singapura

Cyborg Tiba di Pameran Human+ : The Future of Our Species di Muzium Art Science Singapura

cyborgSaksikan Neil Harbisson, cyborg manusia pertama dunia yang diiktiraf secara rasmi dengan lebih dekat. Juga, robot humanoid yang realistik bernama Nadine dan artis terkemuka dunia, Stelarc di pameran Human+. Mereka sebahagian daripada pameran canggih daripada lebih 40 artis antarabangsa, ahli sains, ahli teknologi dan pereka untuk pameran hebat ini.

cyborg

Ia satu pameran blockbuster yang rugi jika kita lepaskan. Human+ bertujuan untuk bertanya apa maksud menjadi sosok manusia pada masa kini dan masa depan. Tambahan lagi, meneliti isu moral dan konflik etika yang dibangkitkan menggunakan teknologi untuk mengubah diri kita sendiri selain memperkenalkan teknologi robot terbaru.

Acara ini bakal menarik pandangan unik daripada tokoh-tokoh prominen dalam bidang robotik, bioteknologi, biologi sintetik dan kemungkinan mengenai sifat bentuk manusia di masa hadapan. Antara nama hebat yang tersenarai ialah Neil Harbisson, Nadia Magnenat Thalmann, Oron Catts, Agatha Haines, louis-Philippe Demers dan Stelarc.

cyborg

“Persepsi kita mengenai manusia berubah dengan adanya sains dan teknologi. Kemajuan dan kejuruteraan genetik, bioteknologi dan nanoteknologi yang tidak lama dahulu hanyalah fiksyen sains semata-mata tapi kini menjadi nyata. Keseluruhan tanggapan kita mengenai apa ertinya manusia telah beralih dan bermutasi. Human + membawa kita pada pamera yang mendebarkan dalam dunia baru,” Honor Harger, Pengarah Eksekutif Muzium ArtScience Singapura.

cyborg

“Seni yang dipamerkan berusaha untuk meneroka evolusi manusia. Disampaikan melalui pandangan pakar seperti ahli sains, penyelidik, artis, pereka, pencipta, pemikir kreatif dan usahawan. Kami berharap dapat menjawab soalan utama pada masa ini iaitu, bagaimana keadaan spesis kita di masa hadapan?” Lynn Scraff, Pengarah Galeri Sains Dublin.

cyborg

Info lanjut mengenai kalendar acara dan tiket boleh didapati di Marina Bay Sands Box Office dan website. Bergantung kepada terma dan syarat. Harga tiket (standard) seperti di bawah;

Dewasa                                                           $17
Warna Emas (65 dan ke atas),                             $12
Pelajar, Kanak-kanak (2-12 Tahun)
Pakej keluarga                                                 $46
(2 Kanak-kanak 2 Dewasa)

Pameran Human + akan berlangsung dari 20 May sehingga 15 Oktober 2017

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE