SEARCH

9 Tip Sentuhan Sofistikated Yang Mudah & Mampu Milik

9 Tip Sentuhan Sofistikated Yang Mudah & Mampu Milik

Menghiasi kediaman tetapi kamu terikat dengan bajet yang sedikit untuk menghiasinya, sememangnya sesuatu tugas yang berat. Seraya itu, kami sediakan sembilan tip deko berikut dengan sentuhan sofistikated yang mudah dan murah tanpa kamu perlu berbelanja banyak.

KediamanSofistikated1_stailMY

Kamar Tidur

Sebagai seorang dewasa, tidur yang cukup dan nyaman sangat berharga. Ini bermakna, kamu perlu membeli atau memilih tilam yang benar-benar selesa. Beli juga beberapa bantal yang empuk dan tambahkan sentuhan sofistikated dengan satu bantal berambu-ramba. Ruang tidur bakal cantik dan selesa juga apabila katil didekatkan dengan tingkap untuk pengudaraan dan cahaya.

KediamanSofistikated2_stailMY

Kamar Mandi

Sebaiknya kamar mandi dicat sepenuhnya dengan warna putih. Padankan dengan warna-warna pastel seperti merah jambu atau biru muda. Hiaskan lanjut dengan sebuah lukisan pantai. Letak juga bunga sebagai penyeri yang turut bertindak sebagai penyegar semula jadi. Pastikan penyegar komersial turut diletakkan.

KediamanSofistikated3_stailMY

Ruang Pejabat Mini

Harus ada pada tiap kediaman moden. Sama ada kamu setuju atau tidak, kadang kita terpaksa membawa pulang urusan pejabat balik ke rumah. Paling tidak, kamu boleh gunakan ruang ini untuk menyelengara bil-bil bulanan, membantu latihan kerja-rumah anak atau sekadar tempat menulis diari. Ruang ini lah kamu boleh guna untuk menyimpan kertas, alatulis dan nota-nota kecil.

KediamanSofistikated4_stailMY

Ruang Buku

Kini kita hidup di zaman digital, tetapi tak menyangkal fakta yang kita sebenarnya lebih suka membaca buku fizikal daripada e-book. Benar bukan? Susun buku-buku atau novel kamu itu secara kemas di atas rak atau para. Susun mengikut warna dan muka depan yang berilustrasi. Percayalah, ia bakal kelihatan seperti muzium buku di Eropah.

KediamanSofistikated5_stailMY

Ruang Gambar

Kemasan gambar sangat penting. Jika kamu penggemar hasil seni dan lukisan, cukup satu bingkai pada satu dinding. Jika kamu bersifat kekeluargaan, beli set bingkai mini. Susun atas meja, atau tampal selari pada dinding. Pilih bingkai yang ringkas. Tak perlu bingkai yang keterlaluan dan berat coraknya kerana tujuan asal mahu menonjolkan gambar bukan menonjolkan bingkai.

KediamanSofistikated6_stailMY

Ruang Makan

Penuh fungsi dan elegan, beli meja makan berwarna putih. Selepas itu susun pula set sudu dan garfu perak di tiap-tiap sisi pinggan. Letak sejambak bunga, tak kira apa jenis pun, pasti menaikkan lagi mood sofistikated di ruang makan anda.

KediamanSofistikated7_stailMY

Ruang Solek

Selain tampak classy dan timeless, ruang solek juga memperlihatkan dedikasi kamu terhadap kecantikan. Susun alat solek dan wangian kamu kemas. Cermin heksagon atau FRÄCK, sebuah cermin sisi boleh laras keluaran IKEA is a must!

KediamanSofistikated8_stailMY

Ruang Hijau

Selain menghadirkan unsur tenang dan damai, pokok hiasan dalaman memberi satu imej yang sangat sofistikated. Ia juga membawa satu kenyataan bahawa kamu seorang yang berjiwa bebas. Namun harus ingat, menyelenggara tanaman hiasan dalaman sangat memerlukan tahap kepakaran dan kesabaran yang tinggi.

KediamanSofistikated9_stailMY

Ruang Tangga

Struktur yang besar namun sangat berguna. Bakal kelihatan semak dan serabut jika tidak dihias dengan betul. Bagi ‘menyejukkan’ pandangan pada sudut ini, hias dengan aneka cermin. Selain menjadikan ruang tampak luas, ia mudah, ringkas dan sofistikated.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE