SEARCH

6 Destinasi Parti Bujang Terbaik Sebelum Tinggalkan Zaman Nakal

6 Destinasi Parti Bujang Terbaik Sebelum Tinggalkan Zaman Nakal

Adakah BFF kamu bakal berkahwin? Kumpulkan bestie dan raikan hari terakhir rakanmu itu sebagai anak dara dengan meluangkan masa terbaik bersama rakan karibnya di destinasi parti bujang terbaik saranan STAIL.MY. Tak usah terlalu jauh dan lama di atas kapal terbang, kita pilih destinasi berhampiran supaya lebih banyak masa berkualiti bersama daripada penat di awangan.


1. Mendung Escape, Sarawak

Parti bujang selalunya dirai dalam suasana santai dan very girlish. Siapa kata? Ada juga bakal pengantin mahu diraikan dengan acara sedikit lasak dan di lokasi yang rare. Bagi rakan-rakan perempuan yang gemarkan hiking dan trekking, ini peluang terbaik sebelum ‘diikat’ suami. Tetamu di sini perlu berhadapan dengan pendakian pertama sepanjang 700m di atas bukit untuk sampai ke puncak bukit yang menakjubkan ini. Chalet dikelilingi oleh pokok-pokok buah dengan bekalan air mineral yang tidak terhad. Seterusnya, pemandangan gunung yang memukau dengan kabus pagi yang hening membuatkan gambar kamu dapat dipotret penuh dramatik.

Gambar: Niezam Zaini Instagram @ainedruse

2. The Kasturi Cherating, Pahang

Pantai Chendor di Cherating boleh dikatakan underrated. Selain menempatkan pelbagai resort-resort lama dan baharu, kamu boleh juga memilih penginapan privasi untuk parti bujang. Yang pastinya Instagram Worthy kerana menghadap Laut China Selatan yang biru dan bersih. Antara aktiviti nakal di resort, kamu boleh juga membawa bakal suri ke tapak pembiakan penyu terutama di Chendor Turtle Sanctuary.

3. Banjaran Hotspring Lake Villa, Perak

Lengkap dengan halaman sendiri, Taman Villas seluas 2,808 kaki persegi dan cukup menenangkan jika tema parti kamu bersatu dengan alam semula jadi. Dari meja tamu ke vila ini memerlukan buggy atau kamu bebas berjalan kaki dan nikmati ciptaan alam yang tidak ada di tempat lain anataranya, gua Kristal, kolam air panas semula jadi, restoran di dalam gua dan banyak lagi. Pokoknya kamu dan rakan-rakan hanya duduk di ruang lingkar vila sudah pasti menggembirakan.

4. Lexis Hibiscus, Negeri Sembilan

Perjalanan tak sampai dua jam ke tempat ini, kamu boleh buat macam-macam! Resort terapung ini antara resort paling banyak kolam renang di dunia. Jadi ciptakan aktiviti air yang mampu menampung beberapa orang di dalamnya. Pool party sounds great bukan? Pilih Presidential Suite yang lebih luas, pemandangan kamu juga tak terbatas oleh resort lain. Biar samudera menjadi saksi kenakalan kamu.

5. Maritime Suite, Pulau Pinang

Jika tema parti kamu adalah moden, maka pilih unit dengan rekaan Skandinavia di Pulau Pinang. Ia mungkin kelihatan mahal tetapi sebenarnya tidak. Putih adalah tema rumah Scandinavia. Jadi kamu boleh usulkan idea untuk memakai pakaian moden dan glamor. Rumah ini sesuai menempatkan enam orang pada satu masa dan hanya berharga RM64 seorang untuk satu malam. Kadar bermula dari RM381 per malam.

6. Kluang Swimming Pool Homestay, Johor

Rasakan kehidupan di banglo, ini salah satu rahsia terbaik Johor yang tiada siapa yang tahu. Swimming Pool Homestay mempunyai kolam renang yang besar bersama dengan persediaan karaoke untuk kamu menyanyi dan bersuka ria. Banglo ini mempunyai lima bilik tidur yang boleh menampung sehingga 15 orang. Harga bermula dari RM1,289 semalam atau RM86 per orang.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE