SEARCH

Dolly Dim Sum Membuka Cawangan Kelima di Putrajaya

Dolly Dim Sum Membuka Cawangan Kelima di Putrajaya

Dolly Dim Sum senang membuka cawangan terbaru yang kelima di IOI City Mall, Putrajaya.

Menyemat tradisi di hati namun kekal moden, pengunjung bakal disambut dan terpersona dengan “Dolly”, watak gadis fiksyen yang ada di setiap cawangan Dolly Dim Sum. Untuk cawangan ini, Dolly adalah gadis penjual bunga yang sangat mencintai Dim Sum!

Sesungguhnya, Dolly Dim Sum menghembus makna tersendiri pada makanan tradisi yang berasal dari Guangzhou, China ini. Sedia maklum, dim sum juga terdapat di serata negara di dunia, terutamanya negara-negara di Asia Tenggara seperti negara kita, Malaysia.

Dim sum secara harafiahnya bermaksud ‘menyentuh hati’ dan Dolly Dim Sum berbangga meneruskan tradisi ini dengan bahan-bahan yang berkualiti dan diperhalusi dengan penuh kasih sayang.

Dapur Dolly menghidangkan aneka dim sum premium dan halal seperti ‘Har Gao Dumpling’, pau ayam BBQ, tat telur, roti kustad dan hidangan unik Dolly seperti ‘Crispy Shrimp’ dan ‘Bo Lo Coconut Bun’.

Terdapat juga variasi hidangan mee dan nasi seperti hidangan istimewa Dolly, ‘Royal Golden Fried Rice’, ‘Crispy Egg Seafood Noodles’ dan ‘Wok-fried Beef Kway Teoh’.

Kunjungi juga cawangan-cawangan Dolly Dim Sum yang lain seperti di Avenue K, NU Sentral, Pavilion Elite KL dan Sunway Putra, lengkap dengan tema-tema tersendiri seperti ‘kehijauan’, ‘Yumcha’, ‘kontemporari’ dan ‘tradisional’.

Layari www.dollydimsum.com untuk melihat menu dan pilihan hidangan dim sum istimewa yang lain.

Dolly Dim Sum by STAIL.MY 1

Dolly Dim Sum by STAIL.MY 2

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE