SEARCH

DoubleTree By Hilton Melaka Hotel Syurga Makanan & Penginapan!

DoubleTree By Hilton Melaka Hotel Syurga Makanan & Penginapan!

Selamat datang ke Melaka moden! Rebiu saya kali ini di DoubleTree By Hilton Melaka. Hotel besar ini memberikan keselesaan penginapan sepanjang keberadaan saya di tanah Tapak Warisan Dunia ini. DoubleTree by Hilton Melaka terletak di atas tanah tambak dan digabungkan bersama Hatten Place dan Element Shooping Mall.

Tarikan di hotel sendiri tentunya kolam renang infiniti yang terletak di aras 13. Bersebelahan dengan kolam renang infiniti dibentangkan pemandagan bandar Melaka moden. Terdapat kids club yang menempatkan ruang bermain kanak-kanak, ruang membaca, bermain PS4. Ruang ini diselia oleh staf untuk memastikan keselamatan dan aktiviti anak-anak.

doubletree by hilton melaka
Kolam renang infiniti

 

doubletree by hilton melaka
‘Kids Room’ bersebelahan kolam renang di aras 13

 

Seterusnya Sauna, Gymnasium yang dibahagikan kepada dua ruang iaitu angkat berat dan ruang turunkan berat badan dengan mesin treadmill yang cukup untuk pengguna. Paling saya suka ialah gymnasium di sini dibuka 24 jam! Sesuai untuk tetamu yang sibuk di siang hari dan ingin beraktiviti di malam hari.

Paling penting sekali, saya boleh katakan DoubleTree by Hilton Melaka adalah syurga makanan! Kerana menghidangkan makanan tradisi Melaka hingga ke makanan Barat. Bukan itu sahaja, di lantai 12 & 13 sahaja terdapat tiga restoran dan café yang mempunyai ciri-ciri serta menu tersendiri.

doubletree by hilton melaka
Cef menyediakan hidangan panas di Makan Kitchen

 

doubletree by hilton melaka
Interior di Tosca yang mengidangkan makanan Itali


Pertama ‘Makan Kitchen’ paling saya suka kerana terhidang selera rakyat Malaysia ada di sini. Makan Kitchen dibahagikan oleh beberapa bahagian antaranya Malay & Portuguese Kitchen yang terdiri daripada Asam Pedas Melaka, Satay dan makanan panggang. Chinese & Nyonya Kitchen yang menghidangkan aneka makanan laut, dim sum, mi sup dan Indian & Chetti Kitchen yang popular dengan prata atau roti canai bersama aneka kuah antaranya kari dan dal.

Seterusnya, Tosca Trattoria Italiana yang terletak di aras 13 betul-betul menghadap kolam renang infiniti. Untungnya saya kali ini, dapat melihat dan membuat sendiri pizza resipi asli cef. Selain itu, restoran Itali ini turut menghidangkan pelbagai jenis spegethi, Paella, Makan laut segar. Di sebelah malam pula saya berkesempatan melihat persembahan hidangan manisan oleh dua cef. Saya bukanlah penggemar coklat tapi desert ini wajib rasa kerana keenakan coklat yang diselangi aneka rasa oren, marshmellow dan ais krim vanilla tersedap diadunkan.

Harga Makan Di Restoran-restoran DoubleTree By Hilton Melaka

1)    Sunday Hopping Brunch (Makan di tiga-tiga restoran)
Setiap Ahad bermula 12:30 tengah hari – 4 petang
RM112

2)    Sarapan di Makan Kitchen
Dewasa               RM57
Kanak-kanak       RM28

3)    Bufet Makan Tengah Hari di Makan Kitchen
Dewasa                RM66
Kanak-kanak            RM33

4)    Bufet Makan Malam (Ahad hingga Khamis) di Makan Kitchen
Dewasa                RM83
Kanak-kanak        RM42

5)    Seafood Night (Jumaat & Sabtu)
Dewasa                 RM119
Kanak-kanak         RM59.50

6)    BBQ Night
Italian Affair di Tosca
Setiap Jumaat & Sabtu
Bermula 10th Ogos 2018
Dewasa                RM95
Kanak-kanak        RM55

Harga hotel mengikut pakej-pakej tertentu, hari, dan saiz bilik. Kamu boleh semak harga di laman web DoubleTree By Hilton Melaka untuk dapatkan tawaran istimewa yang diadakan. Gambar di bawah saya di kamar mandi Family Suites.

doubletree by hilton melaka
Bilik penginapan saya (King Deluxe Room) yang luas, selesa dan turut dilengkapi siaran TV antarabangsa.

 

doubletree by hilton melaka

doubletree by hilton melaka
Aras 12, Aras Penyambut Tetamu

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE