Calling for sneakerheads! Ekspo sepatu terbesar dan paling popular di Malaysia, Sneakerlah kembali untuk edisi kelima pada 5 dan 6 Oktober 2019 di MVEC (Mid Valley Exhibition Centre).
60 RERUAI KASUT UNTUK DINIKMATI
Seperti biasa, salah satu perkara menarik di Sneakerlah ialah area jual-beli, di mana pengunjung boleh membeli, menjual dan bertukar suka sama suka sepatu masing-masing di lebih 60 booth yang tersedia.
Kamu juga berpeluang menyertai peraduan Madecurate X Hype Vault yang menawarkan hadiah sneaker rare seperti Nike Mag (dari filem ‘Back To The Future’) yang berharga +RM50,000; The Carhart x Eminem Air Jordan (+RM55,000) dan Undefeated Air Jordan 4 Retro yang bernilai setinggi RM95,000.
JENAMA-JENAMA SEPATU TERKENAL BERKUMPUL DI BAWAH SATU BUMBUNG
Tahun ini menyaksikan pelbagai jenama kasut dan sepatu sukan terkenal dunia seperti Lacoste, New Balance, Vans, Reebok, Converse, Adidas, Nike, Asics dan banyak lagi serta jenama tempatan seperti Stoned & Co dan Pestle & Co akan menyertai ekspo yang berlangsung dua hari ini.
Bagi pertama kali, Revenge X Storm dan Carhartt WIP menyertai Sneakerlah. Kamu boleh mendapatkan t-shirt kolaborasi eksklusif jenama-jenama ini secara custom-made.
KASUT NASI LEMAK
Terdapat satu perkara yang luar biasa bakal berlangsung di ekspo sepatu terbesar negara ini yakni…. KASUT NASI LEMAK oleh ASICS.
Selaku makanan rasmi dan kebanggaan rakyat Malaysia, ASICS memberi penghormatan kepada Nasi Lemak dengan melancarkan Limited Edition Gel Kayano 5 OG dalam warna-warna Nasi Lemak. Hanya 500 pasang sahaja dihasilkan khusus untuk Sneakerlah. Siapa cepat, dia dapat!
View this post on Instagram
PAMERAN KASUT EKSKLUSIF OLEH RUDY
Satu pameran kasut eksklusif oleh artis Korea Selatan dan pengumpul sepatu terkemuka, Rudy atau @rudyindahouse akan turut berlangsung di Sneakerlah.
Rudy terkenal dengan hobinya yang suka membuat dan mereka-cipta semula sepatu, sebelum mengubahsuainya menjadi sepatu yang baru. Dia menamakan aktivitinya ini sebagai “exploding sneaker”.
Jangan terlepas melihat sendiri aksi Rudy melaksanakan aktiviti ‘menjahanamkan sepatu’ ini secara langsung di Sneakerlah nanti.
PERSEMBAHAN ARTIS & DJ TEMPATAN
Di segmen hiburan pula, tahun ini Sneakerlah akan membawakan persembahan beberapa artis dan DJ tempatan. DJ Melissa Jo, Ashley Lau dan Naufal akan memeriahkan suasana MVEC sepanjang Sneakerlah berlangsung. Sementara artis-artis tempatan akan menyanyi secara langsung di pentas yang disediakan.
Leave a Reply