SEARCH

Enak KL Dibuka Semula, Kini Di Lokasi & Menu Berbeza

Enak KL Dibuka Semula, Kini Di Lokasi & Menu Berbeza

Sempena menyambut ulang tahun ke 13 Enak KL, Retoran ini membuka semula restoran di lokasi baru di Feast Village Starhill Gallery. Menyediakan hidangan Melayu yang disusun rapi dan teliti, buat tetamu yang mahukan rasa Melayu di persekitaran Moden.

enak kl

enak kl

Cef Rani Bin Ghazali bertanggungjawab menyampaikan menu tradisi enak tradisional. Hidangan popular seperti sup ekor dan ikan asam pedas mengekalkan kedudukannya di menu Enak KL. Tidak dilupa juga, kerabu jambu ikan bilis, ikan bakar segar yang ditempatkan di bahagian ‘Bakar’ turut menyediakan berbagai jenis sambal antaranya air asam jawa, kicap cili padi, sambal belacan dan sambal hijau.

enak kl

Menu baru untuk a la carte ialah serawa durian menambah rasa kepada yang benar-benar menggemarinya. Harga yang dikenakan untu satu-satu hidangan di sini juga munasabah dan berpetutan. Saya beri sedikit beberapa harga;

Kerabu & Snek berharga dari RM10 hingga RM20
Sup Ekor & Kambing RM25
Makanan Laut (Ikan Asam Pedas, Udang Masak Lemak, Sambal Udang Petai) RM35 – RM45
Aneka Masakan Daging RM35 – RM65
Berbagai Jenis Masakan Ayam RM25 – RM35

enak kl

Enak KLdibuka setiap hari untuk makan tengahari bermula jam 12 hingga 3 petang dan makan malam dari jam 5.30 petang hingga 10.30 malam. Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi +603 2782 3807 atau emel feastvillage@ytlhotels.com.

enak kl

enak kl

enak kl

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE