SEARCH

Rumah Pokok Dan Kunang-Kunang Inspirasi Malaysia Di Expo 2020 Pavilions Dubai: Siapa 10 Rekaan Negara Pilihan STAIL?

Rumah Pokok Dan Kunang-Kunang Inspirasi Malaysia Di Expo 2020 Pavilions Dubai: Siapa 10 Rekaan Negara Pilihan STAIL?

Firma seni bina yang bertanggungjawab mereka Menara Lembaga Tabung Haji dan Menara TM yang ikonik di Kuala Lumpur (Hijjas Architects & Planners) telah memenangi tender untuk mereka bentuk Pavilion Malaysia yang dinantikan di Expo 2020 Pavilions Dubai.

Ekspo Dunia adalah acara global ketiga terbesar selepas Sukan Olimpik dan Piala Dunia. Ia memberi inspirasi kepada banyak ketua-ketua negara, pemimpin korporat, inovator teknologi dan orang-orang dari ekspo dunia yang akan melawat pavilion itu nanti. Sebab itu jika dilihat, semua negara seakan berlumba-lumba mereka bentuk pavilion mereka seunik yang mungkin.

Konsep reka bentuk Rainforest Canopy dipilih Malaysia yang berfungsi secara estetik dan futuristik sesuai dengan tema ‘Energising sustainability’. Bangunan itu mendapat inspirasi daripada rumah tradisional, hutan hujan Malaysia dan kunang-kunang. Ia mempunyai kawasan pembinaan seluas 1,700 meter persegi.

Kami diilhamkan oleh rumah-rumah pokok asli Malaysia dan telah menggunakan pendekatan moden, menggabungkan tenaga solar, penuaian air dan bahan-bahan bersumber yang mampan, yang mencerminkan semangat kami untuk mempromosikan bangunan mesra alam untuk masa depan yang mampan dan iklim yang sedar.” Pengarah Serina Hijjas

Ekspo 2020 Dubai bertemakan ‘Connecting Minds, Creating the Future’ akan berlangsung selama enam bulan bermula 20 Oktober 2020 yang menyasarkan jangkaan 25 juta lawatan dengan penyertaan 192 buah negara. Ia bertujuan membina kerjasama dan memberi inspirasi tentang apa yang bakal berlaku pada dunia di masa akan datang.

Bagaimana Pula Rekaan Daripada Negara Lain? Berikut Adalah Pilihan STAIL Berdasarkan Keunikan Reka Bentuk Pavilion 

Pavilion Austria

 

Pavilion Kanada

 

Pavilion Arab Saudi

 

Pavilion Oman

 

Pavilion Rusia

 

Pavilion Singapura

 

Pavilion Thailand

 

Pavilion Filipina

 

Pavilion Maghribi

 

Pavilion Monaco

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE