SEARCH

Fadlan Hazim & Ezaidi Aziz Pamer Koleksi Longines HydroConquest Seramik

Fadlan Hazim & Ezaidi Aziz Pamer Koleksi Longines HydroConquest Seramik

Longines bekerjasama dengan dua personaliti tanah air untuk mempersembahkan koleksi HydroConquest terbaharu menampilkan model jam tangan sports ikonik. Diperhebatkan dengan suntikan seramik berwarna pada permukaan bezel jam tangan. Dua pelakon yang kian popular Fadlan Hazim dan Ezaidi Aziz, memberikan pandangan mereka mengenai aspek kehidupan dan menyerlahkan gaya serta ketepatan yang sinonim dengan Longines.

Fadlan dan Ezaidi yang memakai sut yang moden dan sofitikated, jam tangan HydroConquest Seramik memberikan gaya yang sempurna. Bezel yang dipertingkatkan dengan suntikan seramik berwarna memberikan sentuhan menarik serta gaya yang moden. Dua aktor ini adalah individu yang sesuai dan padan dengan nilai-nilai jenama di mana ia mengetengahkan prestasi serta keanggunan.

Fadlan Hazim dan Ezaidi Aziz Pamer Koleksi Longines

Apabila menyentuh mengenai gaya, kita melihat pada jenama yang menyempurnakan gaya seseorang dan saya suka bagaimana bezel berwarna pada Longines HydroConquest yang baharu ini menghiasi pergelangan tangan saya tidak kira sama ada untuk majlis yang diadakan di persekitaran luar atau di dalam.” Fadlan Hazim.

Fadlan Hazim dan Ezaidi Aziz Pamer Koleksi Longines

Diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam kempen Longines HydroConquest adalah penghormatan besar bagi diri saya. Keanggunan jenama ini serta reka bentuknya yang menarik dapat memukau individu yang dinamik terutama seseorang seperti saya yang sedang mencari jam tangan yang istimewa dan kontemporari.  Ia juga melengkapi semua gaya pemakaian saya.” Ezaidi Aziz.

Boleh didapati dalam model saiz 41 milimeter (mm) dan 43 mm yang mengetengahkan tiga fungsi termasuk kalendar, sementara versi 41 mm untuk model kronograf, variasi baharu koleksi HydroConquest ini pastinya menjadi pelengkap pada pergelangan tangan peminat sukan akuatik yang ingin mendapatkan gabungan di antara prestasi unggul dan keanggunan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE