SEARCH

Atlet Jelita Malaysia, Farah Ann Dilantik ‘Friend Of The Brand’ Corum Asia Tenggara

Atlet Jelita Malaysia, Farah Ann Dilantik ‘Friend Of The Brand’ Corum Asia Tenggara

Corum Asia Tenggara meluaskan pengaruhnya dengan melantik atlet gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi atau lebih mesra disapa dengan Farah Ann sebagai ‘friend of the brand’ ketiga jenama ini.

Farah Ann Dilantik Friend of the Brand Corum

Farah Ann sosok epitomi yang elegan sambil meletakkan tanda aras tertinggi dalam bidang sukan yang turut melambangkan identiti koleksi jam tangan wanita Corum.

Corum percaya dalam memberi kelainan sambil mengekalkan ketukangan dan DNA jam tangan. Kami akan sentiasa bekerjasama dengan individu yang mempunyai bakat tersendiri sambil memupuk platform terbaik untuk kedua-dua pihak. Farah Ann adalah personaliti unik yang melambangkan DNA Corum seperti koleksi Admiral dan Bridges. Dia aktif bersukan namun kekal anggun, seorang wanita muda yang bercita-cita tinggi dan punya masa depan cerah. Kami teruja menjemput Farah Ann sebagai rakan jenama terbaru Corum di Asia Tenggara.” Chris Wan, Pengurus Besar Corum Malaysia.

Farah Ann Dilantik Friend of the Brand Corum

Sebaliknya, Farah Ann menyatakan rasa terima kasihnya dengan berkata,

Untuk dikaitkan dengan jenama ikonik seperti Corum dan sebagai rakan jenama ini pasti sangat mengujakan. Saya benar-benar bersyukur dan rasa terhormat menerusi kerjasama ini. “

Pencapaian Farah Ann

Farah Ann atlet kebangsaan yang berdedikasi serta berjaya dalam bidang sukan Malaysia. Dilahirkan pada 3 Mei 1994, wanita muda ini telah merangkul beberapa pingat sepanjang dekad dan memenangi penghargaan dalam Artistik Gimnastik yang dipilihnya. Dia mula berjinak-jinak dalam sukan itu pada usia tiga tahun dan terus melangkah hingga kini.

Farah Ann Dilantik Friend of the Brand Corum

Pencapaiannya termasuk memenangi pingat emas di World Challenge Cup, Asia Tenggara dan banyak lagi pertandingan lain sepanjang tahun. Farah Ann baru sahaja selesai pengajiannya dalam bidang Bachelor of Arts dalam Hubungan Antarabangsa / Komunikasi. Dia berharap untuk menjadi contoh terbaik dan berharap semua warga Malaysia menjadi kuat secara fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran kehidupan. Untuk melambangkan keperibadian golongan muda Malaysia yang boleh terkait dengannya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE