SEARCH

#trending Kewujudan Video Porno Fidget Spinner & Popular Di Kalangan Remaja

#trending Kewujudan Video Porno Fidget Spinner & Popular Di Kalangan Remaja

fidget spinner

Percaya atau tidak, kewujudan fidget spinner porn. Sudah tentu tidak. Peraturan emas dunia Internet sudah menetapkan bahawa jika apa-apa yang wujud, akan ada #porn untuk itu. Tapi sensasi virus fidget spinner menjadi ‘makanan’ yang sangat menarik untuk carian lucah nampaknya. Pada mulanya saya fikir ia seakan hashtag #foodporn #foodgasm yang mencantumkan sesuatu untuk mentafsirkan keenakkan rasa makanan. Ini tidak!

Menurut data terkini daripada Pornhub, keterujaan remaja dengan mainan baru telah menyebabkan pemintaan yang mendadak untuk fidget spinner berorentasikan lucah. Carian termasuk “fidget spinner” mula naik mendadak di Pornhub pada 10 Mei dan mencapai peningkatan tertinggi dalam hanya satu malam. Carian sehingga 282 peratus  dengan lebih 2.5 juta carian untuk jangka masa di antara 10 Mei hingga 22 Mei.

fidget-spinner-2-stailMY

Dalam masa beberapa hari “fidget spinner” menjadi istilah trending teratas dalam bulanan dan carian yang kelima popular dalam sebulan. Walau bagaimanapun, rasa ingin tahu mengenai fidget spinner di hab porno lebih kepada golongan muda kerana mereka tahu mengenai permainan itu. Carian sebanyak 186 peratus popular untuk pelawat Pornhub dalam lingkungan umur 18-24 tahun. Pelawat dewasa dan wanita kurang dalam carian itu.

Namun, video fidget spinner dalam Pornhub mungkin mengejutkan kamu: manakala ada juga beberapa video yang NSFW (Not Safe For Work), tapi sebahagian besar daripada itu adalah video fidget spinner berputar semata-mata. Memandangkan fidget spinner sedang menjadi aliran budaya milenial kini, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pada saya apa jua yang trending kini tentu akan dijual di merata-rata tempat. Tak  hairan juga jika fidget spinner mandapat permintaan tinggi dalam carian porno.

fidget-spinner-3-stailMY fidget-spinner-4-stailMY fidget-spinner-5-stailMY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE