SEARCH

#instailgramworthy Foto di Lokasi Menarik Melaka Harus Kamu Ikut

#instailgramworthy Foto di Lokasi Menarik Melaka Harus Kamu Ikut

Sempat kami rakamkan beberapa foto di lokasi menarik Melaka yang wajib kita semua bergambar jika berkesembatan. Janganlah bila bercuti ke luar negara saja mahu sakan bergambar, tak salah ke ruangan tourist dalam negara kita rakamkan untuk tatapan orang luar jika mereka ingin tahu lokasi menarik di sini.

Tangga St Paul Church

Kami mengelak cuaca terik matahari dan bukan mudah bergambar disini kerana ini adalah tangga utama ke gereja atas bukit St Paul. Namun berjaya dirakamkan atas kerjasama orang awam. Terima Kasih!

foto di lokasi menarik Melaka

Kampung Morten

Kami sempat singgah menyeberangi sungai Melaka melalui jambatan daripada The Majestic Melaka. Rumah kampung yang serba bersih dan berbagai warna ini dijaga keaslian reka bentuk rumahnya. Ia dijadikan muzum, rumah tumpangan untuk pelancong merasai suasana desa dalam bandar di Tapak Warisan Dunia ini.

foto di lokasi menarik Melaka

Seni Mural Di Jalan Hang Kasturi

Selain lukisan mural di sepanjang Sungai Melaka, di lorong rumah kedai lama di Bandar Lama Melaka turut dijadikan beberapa mural menarik untuk bergambar. Terdapat banyak lukisan menarik di sini salah satunya ialah kerbau yang berdiri di atas bangku ini.

foto di lokasi menarik Melaka

Gambar di bawah diambil ketika kami bersiar-siar di seluruh lorong-lorong dan menjumpai rumah kedai yang kini tidak berpenghuni. Menariknya kedai ini ialah, batu yang digunakan dihadapan pintu tersebut merupakan batu asli pada dinding A Famosa.

foto di lokasi menarik Melaka

Rosa Malacca

Hotel meminjam seni bina Eropah dan New York usah kamu lepaskan peluang bergambar di sini. Selain dapat menikmati penginapan yang bagus, Saya sarankan kamu mengambil gambar di setiap pelosok hotel untuk gambar simpanan.

foto di lokasi menarik Melaka

The Majestic Melaka

Mewah begitulah kehidupan di The Majestic Melaka. Ruang bilik dengan tab mandi seperti zaman kolonial dan tiles baba nyonya Melaka. Mencantikkan jalur masa Instagram. Feeling sungguh!

foto di lokasi menarik Melaka

Chalante Art Cafe

Bukan seperti kafe biasa yang rata-rata kini mengetengahkan konsep industrial. Kafe ini menggunakan bahan-bahan kitar semula dan diolahkan dengan menarik sekali. Bukan sekadar jual makanan, Kafe ini turut menjual poskad dan bahan seni lain.

foto di lokasi menarik Melaka

St Paul Church

Batu lama, kesan runtuhan, pili air dan cuaca panas dengan langit biru memadai untuk menhasilkan gambar yang cantik.

foto di lokasi menarik Melaka

Encore Melaka

Pentas bertaraf dunia dengan mempersembahkan sejarah Melaka ini mempunyai seni bina moden dan jika kamu ke sini di siang hari, cantik yang teramat Kerana dinding seperti sisik ini berwarna putih mutiara dan boleh dibuat lokasi gambar pre-wedding.

foto di lokasi menarik Melaka

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE