SEARCH

Fuego Menyajikan Menu Ala Latin & Pemandangan Sunset Yang Mengagumkan

Fuego Menyajikan Menu Ala Latin & Pemandangan Sunset Yang Mengagumkan

Cukup jarang kita dapat lihat pemandangan matahari terbenam di tengah kota. Di Restoran Fuego ada latar indah itu. Di sebalik kepesatan pembangunan kota Kuala Lumpur, dapat dilihat sayup-sayup matahari meninggalkan diri.

Sambil kita nikmati keindahan perubahan alam sambil itu kita nikmati hidangan Amerika Selatan di sini. Fuego sememangnya lokasi chill buat pelanggan tempatan dan antarabangsa. Sebab itu ia sentiasa fully booked sejak mula beroperasi pada 2014.

Kali ini saya membawa kamu menikmati menu tambahan baru yang diterajui oleh Chef Shaun Lazaroo serta siri koktel terbaru “Loco for Coco” yang menampilkan tiga ciptaan koktel daripada Mixologist Rick Joore.

fuego

Smoked Eel Guacamole – RM35

Ibarat ‘keropok’ kudapan semasa bersembang dengan teman. Hirisan halus bahan daripada pisang, bunga teratai, keledek serta campuran bawang putih digilis menggunakan bahan-bahan asli resipi chef sebagai ‘sos colek’ untuk keropok tadi. Saya gemarkan keaslian rasa dan kerangupan bahan yang dihiris halus. 

fuego

Snapper Ceviche – RM35 

Hirisan bunga teratai digunakan sebagai hiasan menutupi keindahan rasa udang yang diasinkan dengan jus limau, dihiasi lagi bersama nanas, rempah dan sedikit cili. Seakan rasa masakan Thai.

fuego

Cauliflower Steak – RM30

Ini favorite saya! Sememangnya sayur-sayuran menjadi menu pilihan di sini, ‘steak’ khas vegetarian ini terkandung bunga kembang kol (brokoli putih) yang dipanggang dengan serbuk rangup berempah yang menghujani resipi kering ini. 

fuego

Lamb Arepa – RM25 (for 1 portion)

Kamu gemar kambing rebus? mungkin boleh mencubanya. Lamb Arepa dihiasi jeruk jalapeno dan lobak merah diapit roti yang dipanggang. Seperti mini burger.

fuego

Corned Beef Croquettes – RM40

Daging Kornet (daging lembu yang diawetkan dalam air garam dan direbus) digumpal elok dan dipanggang lambat selama enam jam. Terdapat jus daging lembu yang membasahi gumpalan comel ini yang rangup ini untuk memberikan rasa yang sempurna terhadap keseluruhan rasanya. Ia dibentuk dengan mentega dan tepung dan digoreng pada suhu tetap 100°C. 

fuego

Grilled Zucchini – RM25

Berbusa makanan kita! Namun di sebaliknya terdapat hirisan jeruk zuchinni (Timun Jepun) dengan rasa manis dan di atasnya buka parmesan. Ini juga menu saranan saya untuk kamu makan.

Argentinian Squid – RM35 (Lihat video untuk gambaran menu)

Sotong import dari Argentina ini sempurna rasanya. Telah melalui proses pembuangan tulang yang agak rumit, tak seperti sotong di perairan negara kita yang mudah dipisahkan tulangnya. Menu ini dicampur bersama cili aioli, paprika dan disajikan dengan keropok tinta sotong. Saya beri 5 bintang untuk rasa yang enak ini. fuego

Prawn Ceviche – RM40

Dihidangkan penuh gimik dengan asap ais. Di sebalik itu terdapat udang yang dikelilingi cili Habanero, avokado salsa dan popcorn bersuhu -20°C untuk mengekalkan kesejukan. 

fuego

Orange Sandwich – RM35

Untuk manisan ini saya beri 100 markah. Kekayaan rasa ais krim oren yang diapit dengan bijirin hasil ikea Chef Ivan Ong. Di samping itu terdapat jus nanas untuk dituang ke dalam mangkuk kecil berisi ais krim kelapa. Sungguh menyegarkan! 

fuego

fuego

Koktel terbaru Fuego

Katanya sungguh berbeza! Terdapat tiga minuman (beralkohol) terdiri daripada Rum & Coconut (RM36), Coco-Kumaru (RM42) dan Jah Kokoye (RM46). Bagi sesiapa yang boleh merasai koktel ini kamu disarankan merasai Jah Kokoye. Teman saya kata ia sungguh istimewa.

Tempahan tempat digalakkan dibuat sebulan awal atau jika kamu mahu walk in diwajibkan hadir tepat jam 6.30 petang. Untuk keterangan lanjut dan tempahan tempat boleh telefon ke talian +603 2162 0886 atau layari laman sesawang, FB juga Instagram rasminya.

Restoran Fuego terletak di Troika Sky Dining
Level 23A, Tower A, The Troika
19, Persiaran KLCC
Kuala Lumpur

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE