SEARCH

Fujifilm X-A5 Generasi Kamera Kompak Khas Swafoto

Fujifilm X-A5 Generasi Kamera Kompak Khas Swafoto

Nampaknya bukan saja telefon pintar giat membangunkan teknologi swafoto pada kameranya, kamera kompak juga. Fujifilm X-A5 meluaskan keluarga X Series, kini membuka manfaat kepada Generasi Y yang gemar merakam selfie, tutorial untuk laman sosial masing-masing.

Ciri Baru Kamera Fujifilm X-A5

Fujifilm X-A5

  1. Menghasilkan kualiti gambar 24.2 megapiksel dan teknologi penghasilan semula warna tersendiri X Series, kamera X-A5 menawarkan kanta zoom terkini, rakaman filem 4K, skrin sesentuh dan teknologi gandingan terkini Bluetooth untuk kemudahan pemindahan imej serta merta.
  2. Ia mempunyai sensor berkuasa 24.2MP APS-C yang dilengkapi dengan sistem autofokus pengesanan fasa dan enjin pemprosesan imej serba baru dengan kelajuan 1.5 kali lebih pantas daripada model terdahulu.
  3. Dilengkapi monitor LCD belakang yang boleh diputarkan 180 darjah. Apabila penel diputarkan 180 darjah, tombol arahan belakang bertukar secara automatik kepada fungsi zoom untuk memastikan swafoto dapat diambil sempurna.
  4. Pengaktifan fungsi Mata AF secara automatic agar menghasilkan potret diri bermutu tinggi dengan pengecaman wajah.
  5. 11 pilihan Mod Simulasi Filem, memudahkan kamu menyunting gambar dengan efek-efek menarik kesukaan kamu.

Apa yang saya gemar lagi, rekan bentuknya kelihatan seperti kamera retro. Kelainannya pada krin sesentuh yang boleh di terbalikkan untuk kemudahan swafoto atau vlogging.

Fujifilm X-A5

Siri Fujifilm X-A5 memenuhi keperluan dan pilihan peminat fotografi yang mendambakan keseronokan dan untuk jurugambar professional yang mengidamkan kamera canggih, mudah dikendalikan, ringan, serba guna, padat serta mampu menhasilkan imej bermutu tinggi.” Yoshitaka Nakamura, Pengarah Urusan Fijufilm Malaysia.

Kanta Baru Untuk Disesuaikan

Apabila dicantumkan dengan kanta Fujinon XC15-45mm F3.5-5.6 OISPZ berat X-A5 hanya 496g, menjadikannya kombinasi kanta-kanta zoom paling ringan dalam X Series. Ia jauh lebih ringan dan padat berbanding kamera refleks kanta tunggal (DSLR) tetapi mampu mengambil gambar bermutu tinggi.

Fujifilm X-A5 dijual dengan harga RM3,288 dan disediakan dalam warna perak, coklat dan merah jambu. Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Fujifilm di sini.

Fujifilm X-A5

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE