SEARCH

Keliru Mengenai (Gender Dysphoria)?: “Aku Terperangkap Dalam Badan Lelaki”

Keliru Mengenai (Gender Dysphoria)?: “Aku Terperangkap Dalam Badan Lelaki”

Memoir paling dinanti-nantikan Caitlyn Jenner berjudul The Secrets Of My Life, berada di pasaran minggu lalu dan ia terikat untuk mencetuskan perbincangan mengenai isu-isu trans (tukar jantina). Isu mengenai penukaran jantina mendapat pelbagai respons  sejak umum mengetahuinya pada siri realiti Keeping Up With The Kardashians. Kris Jenner tahu mengenai gender dysphoria Caitlyn sebelum mereka berkahwin lagi. Itu isu keluarga antara Jenner dan Kardashian. Tetapi jika kamu mendengar istilah “gender dysphoria” buat pertama kali, atau perlu memahami apa maksudnya, ia sama sekali normal kerana ia sebenarnya satu istilah yang agak baru.

I have been on quite the journey. Read about it in #SecretsOfMyLife available next Tuesday!

A post shared by Caitlyn Jenner (@caitlynjenner) on

Gender dysphoria adalah istilah klinikal yang digunakan untuk menggambarkan “konflik antara jantina fizikal atau yang telah diberikan untuk seseorang dan jantina yang dia (lelaki) atau dia (perempuan) atau yang mereka kenal pasti,” menurut American Psychiatric Association (APA). “Istilahnya luas yang boleh merujuk kepada social dysphoria, ketidakselesaan seseorang pabila dia dilihat orang, atau physical dysphoria, ketidakselesaan dalam badan seseorang,” kata Eli Erlick, Pengarah Trans Student Educational Resources (TSER). Seseorang dengan gender dysphoria mungkin berasa tidak selesa dengan jantina mereka ketika lahir, tubuh badan mereka atau peranan jantina yang harus mereka patuhi, menurut APA.

Kita ambil Caitlyn sebagai contoh, dalam musim pertama I Am Cait, dia bercakap mengenai perasaannya terhadap suaranya, kerana dia mempunyai suara yang lebih rendah mendatar, kata Aydin Olson-Kennedy, MSW, Pengarah Eksekutif Pusat Jantina Los Angeles. “Itu gender dysphoria, walaupun ia tidak bersangkut paut dengan fizikalnya,” katanya. “Gender dysphoria adalah semua perkara yang kita fikirkan, berunding, dan susunan strategi untuk menjadi trans.” Secara umumnya, seseorang dengan gender dysphoria mempunyai keinginan kuat untuk menjadi jantina lain atau dianggap sebagai jantina lain, mengikut kriteria diagnostic APA.

Proud of this film and all of the people in it! Don't miss it tonight on @hbo #theTransList #hbodocs

A post shared by Caitlyn Jenner (@caitlynjenner) on

“Transgender adalah siapa diri kita, manakala gender dysphoria adalah apa yang kita mungkin akan alami,” Eli Erlick

Seseorang boleh menunjukkan gejala gender dysphoria pada sebarang usia, tetapi akil baligh waktu yang selalunya nampak kecenderungan sesuatu jantina, kerana kanak-kanak mungkin berasa sukar mengenalpasti tubuh badan mereka kerana ia sudah mula berubah. Beberapa kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang lebih lantang atau berterus-terang dalam berbicara mengenai gender dysphoria, lebih cenderung menjadi transgender, kata Erlick. Jadi apa sebenarnya perbezaan antara seorang dengan gender dysphoria dan seorang transgender? “Transgender hanya merujuk kepada seseorang yang tidak mengenal pasti jantina yang diberikan mereka ketika dilahirkan, manakala gender dysphoria merujuk kepada mereka yang mengalami ketidakselesaan atau keresahan tentang bagaimana jantina mereka berbeza daripada jantina yang dikurniakan,” kata Eli Erlick. “Transgender adalah siapa diri kita, manakala gender dysphoria adalah apa yang kita mungkin akan alami.” Harap kamu mampu bezakan antara Caitlyn Jenner dan Nur Sajat.

Perbezaan ini adalah penting, kerana sebelum tahun 2013, APA menyatakan mereka yang mengalami gender dysphoria sebagai “kecelaruan identiti/jantina.” Istilah itu kini dianggap ketinggalan zaman. Di sisi lain gender dysphoria adalah satu label untuk menimbulkan kebimbangan kepada golongan transgender yang mengalami krisis identiti dalam diri mereka.

Matlamat pertukaran nama ini adalah untuk menyahkan sebarang stigma dan memastikan penjagaan klinikal individu yang merasakan jantina mereka berbeza daripada apa yang ditakdirkan, turut dipelihara dan mendapat perhatian. Klasifikasi istilah baru ini dibuka dari sudut diagnostik, seseorang yang menunjukkan tanda-tanda gender dysphoria untuk mendapatkan perlindungan insurans dan campur tangan perubatan seperti pengambilan hormon atau pembedahan.

Sweet 17 kata nya???? #janganmengata #nursajat02 #letscantik #gitewlah #huhuhu #mudalagi#ikmaldanielturns20

A post shared by Nur Sajat (@nursajat02) on

Campur tangan perubatan tidak ‘mengubati’ gender dysphoria, tetapi ia mengurangkan dan menghapusakan beberapa gejala. Perasaan yang menyakitkan hati mengenai gender ini tidak hilang selepas diagnosis ataupun selepas peralihan. Malang, kerana stigma orang luar terhadap golongan transgender atau indvidu yang kurang pasti identiti gendernya terus berada di tahap rendah. Ini mungkin akibat daripada kurang mengambil tahu dan tidak mahu memahami perasaan golongan ini.

Sebenarnya, kita perlukan satu istilah tepat daripada gender dysphoria. Satu perkara yang semua orang setuju bahawa ia adalah penting untuk menjadi sekutu. Jika kamu ingin membantu seseorang daripada gender dysphoria, taruhan terbaik kamu adalah untuk bertanya apa yang kamu boleh lakukan sebagai tanda sokongan kepada mereka. Setiap orang adalah berbeza, dan ia idea yang bagus untuk mengetahui apa jua jenis bantuan yang mereka perlukan jika ada.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE