SEARCH

Motif Flora & Fauna Hidupkan Ruang Dengan Dekorasi Gucci Decor

Motif Flora & Fauna Hidupkan Ruang Dengan Dekorasi Gucci Decor

Perindahkan pojok kegemaran kamu di rumah dengan item-item dekorasi unik serta mewah daripada Gucci Decor. Idea flora dan fauna boleh jadi ruang emas di rumah dengan hiasan tertentu. Falsafah Pengarah Kreatif Gucci, Alessandro Michele untuk memperibadikan rumah sama seperti program DIY (Do It Yourself) untuk koleksi pakaian dan aksesorinya. Di mana kamu dijemput untuk meyesuaikan kepingan dan menerapkan butiran hiasan pada helaian milik kamu.

Begitu juga koleksi barang-barang rumah ini bertujuan untuk memberikan pendekatan fleksibel sambil mencipta ruang peribadi lebih menarik dengan membawa esen romantik kontemporari gaya Gucci ke dalam rumah.

PENGARUH REKAAN GUCCI DECOR

Seperti lambakan idea menarik pada setiap helaian fesyen Gucci, item dalam koleksi ini memaparkan pelbagai motif reka bentuk terkini  daripada item pentas Michele. Semua corak, warna, reka bentuk dan tropis hiasan diilhamkan daripada koleksi fesyennya ke perabot dan pinggan mangkuk. Kesannya, ia menjelmakan gabungan yang mengghairahkan, riang, penuh motif yang penting tidak menetapkan peraturan ruang. Kita bebas letakkan item-item menarik ini di mana saja yang kita suka. Pengaruh Gucci Garden ada di mana-mana dengan flora serta haiwan yang muncul di mana-mana, sama ada pada skrin, bantal atau teko.

Gucci Decor
Teko Porselin
Gucci Decor
Kusyen
KEKAGUMAN PORSELIN GUCCI DECOR

Item paling kecil dalam koleksi ini adalah porselin dihasilkan oleh Richard Ginori, syarikat terkenal Florentine yang ditubuhkan pada 1735. Akses kemahiran membuat porselin untuk kilang bersejarah ini membuatkan Michele merancang mencipta peralatan dapur yang berbeza cantuman warna putih dan hijau ala hiasan Herbarium.

Ada juga pemegang lilin diperbuat daripada porselin oleh Richard Gioni yang idiosynactik. Cetakan bunga Herbarium terbukti melalui geometri, warna merah jambu yang pekat dan reka bentuk ‘mata’.

Gucci Decor
Meja Tray
‘RESIPI’ HARUMAN RUMAH NAN ELEGAN CARA GUCCI DECOR

Terdapat empat aroma untuk lilin dan ‘kemenyan’. Inventum (nota mawar damask, dicampur dengan mawar Taif), Fumus (haruman birch yang mendalam, bercampur daun oren dan lilin lebah), Herbosum (aroma segar, daun tomato dan tumbuhan aromatik dicampur dengan aroma rumput yang ditambah selasih dan sireh) dan Esotericum (aroma pahit dan oren Seville, selari dengan nota melati, kulit dan garam).

Gucci Decor
Lilin Pewangi

Gucci Decor akan dilancarkan September ini di semua butik flagship, butik terpilih dan dalam talian di website Gucci.com. Tidak ada ruang khusus untuk diletakkan semua koleksi ini di dalam butik. Ia akan berada di mana-mana saja pojok atau para hiasan kedai. Ia cara lain untuk memperkenalkan pakaian, aksesori dan Gucci Decor sebagai hiasan kedai menarik yang untuk dijual.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE