SEARCH

8 Idea Hadiah Buat Si Libra Dalam Hidup Kamu

8 Idea Hadiah Buat Si Libra Dalam Hidup Kamu

Musim Libra telah bermula, ia juga bertepatan dengan hari awal musim gugur. Libra bijak menikmati hal-hal yang lebih baik dalam kehidupan dan mempunyai joie de vivre (keseronokan dalam kehidupan) dan sementara Libra terkenal sebagai tuan keseimbangan dan simetri (mereka diwakili oleh skala tembaga atau dacing), mereka juga terkenal dengan sisi romantik mereka dan menghargai semua aspek kecantikan. Mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam hal yang menyentuh hati dan seorang yang menggemari glamor, kilauan dan kegembiraan dalam kehidupan. Untuk menghormati bintang ini saya sarankan lapan idea hadiah buat si Libra yang pasti membuatkan mereka teruja.

1. Minyak Urut Aesop Breathless

Libra juga tanda sensual dan sensitif. Urut dengan beberapa minyak berkualiti dan lakukan trik untuk mengurangkan tekanannya, sama ada secara solo atau dengan pasangan.

2. Love At First Like oleh Hannah Orenstein

Libra juga seorang yang romantik di hati. Jadi novel romantik moden seperti novel lucu ini yang menceritakan tentang hubungan pemilik kedai barang kemas mungkin hadiah yang berpatutan tetapi sempurna untuk rakan Libra kita.

3. Valentino Donna Rosa Verde Eau de Toilette

Libra suka menjadi romantik dan taasub dengan keseimbangan dan keharmonian. Saya cadangkan sesuatu yang sensual melalui wangian romantis dicampur dengan mawar untuk hadiah kecantikan Libra.

4. Pemanas Rambut Seramik T3 SinglePass Curl Professional

Libra sentiasa tahu produk terbaik untuk rambut mereka dan peralatan yang sesuai. Penggulung rambut yang bisa membuatkan rambut keriting ini mungkin juga dapat membahagiakan mereka.

5. Cermin Mini RIKI Lighted Vanity

Sekiranya kamu memerlukan nasihat fesyen atau rambut, Libra adalah sahabat mereka, kerana kecantikan dan estetika mereka tidak dapat ditandingi oleh bintang-bintang lain. Letakkan cermin terang di hadapan Libra, dan mereka mungkin akan melayannya selama beberapa hari, bereksperimen dan menyempurnakan penampilan baru untuk diri mereka sendiri. Kamu juga mungkin cukup beruntung menerima transformasi percuma oleh rakan Libra kamu, kerana dia pasti punya idea terbaik untuk mengubah kamu menjadi ‘sesuatu’.

6. Kasut But Bertumit Zalora

Saya percaya walau setinggi mana kasut bertumit yang diberikan kepada Libra, dia akan cuba menyeimbangi tubuh sambil berjalan. Lagi pula, kasut but bertumit tinggi ini tidak pernah salah gaya walau ke mana-mana acara.

7. Jaket Labuh Ala Korea Lazada

Libra seorang yang sukakan gaya ringkas, walaupun di Malaysia bukan bersuhu dingin. Tetapi jaket labuh atau oversized harus ada dalam almari pakaian mereka.

8. Follain Essential Experience Aroma Diffuser Lamp

Tidak ada suasana yang tenang seperti aromaterapi dan sesi yoga. Main dengan keperibadian Libra bersama lampu peresap yang menenangkan. Cipta getaran yang paling menarik dengan minyak aroma dan cahaya yang hangat yang menyebar ke udara ruang rumah Libra.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE