SEARCH

Hadiah Terbaik Buat Pencinta Reka Bentuk Natal Ini

Hadiah Terbaik Buat Pencinta Reka Bentuk Natal Ini

Sebahagian daripada meraikan kegembiraan memberi hadiah untuk orang lain, kamu harus mengetepikan barang-barang yang kamu suka dan mengetengahkan apa yang rakan kamu gemari walaupun ia satu barang yang mustahil kamu beli untuk diri sendiri.  Sekaligus, ini menjadikan pengalaman membeli-belah untuk fanatik reka bentuk sangat menggembirakan. Hadiah terbaik buat pencinta reka bentuk? Mungkin sesuatu yang menarik diperkatakan.

Cari barang paling bergaya walau dalam harga yang minima bajet kamu asalkan ia sempurna dan berguna buat teman. Berikut adalah cadangan STAIL untuk ‘kekasih reka bentuk’ yang namanya berada dalam senarai belanjawan Krismas 2019 kamu.

1. Bloomingville

Balang pengisi air berbentuk sofistikated dengan penyumbat gabus menarik juga dijadikan sebagai jag jus.

2. Straw Kaca

Straw kaca menarik yang boleh dilihat kejelasan dan tersedia juga berus pembersih. Paling penting ia sedikit sebanyak menjaga alam sekitar.

3. Kinto

Bru kopi untuk empat cawan dengan rekaan seperti projek sains di makmal.

4. Pembesar Suara Vifa Helsinki

Berresolusi tinggi dengan sambungan Bluetooth, pembesar suara tanpa wayar ini berharga RM2,623. Dijual di sini.

5. Hause of Hackney

Cheetah yang segak, garang menjadi pemberat buku atau penghalang termewah pernah kamu hadiahkan kepada orang. Bahan yang digunakan ialah kaca atau porselin.

6. Venetian Berry

Jag pasu berlukisan tangan. Yang menghidupkan corak wanita bogel hanyalah garisan ringkas yang bersambung. Namun, kombinasi biru muda dan putih memberikan kemewahan pada pasu ini.

7. Tom Dixon

Set peletak lilin batu pelbagai warna ini didatangkan dalam tujuh batu. Peletak lilin ini muat untuk lilin mini.  

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE