SEARCH

Percutian Paling Menyeronokkan: 7 Perkara Menarik Sepanjang Menginap Di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Percutian Paling Menyeronokkan: 7 Perkara Menarik Sepanjang Menginap Di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Mencari ketenangan di dalam jiwa muzik yang memberontak dalam diri. Lokasi bersaksikan Lautan Cina Selatan, taman tema di Hard Rock Hotel Desaru Coast menjanjikan kegirangan bercuti paling bermakna. STAIL berkesempatan meneroka ke seluruh bahagian hotel dan mengenalpasti 7 perkara menarik sepanjang menginap di Hard Rock Hotel Desaru Coast Johor. Tujuh perkara ini tidak boleh didapati atau dialami seperti menginap di hotel lain!

Usah berasa hairan jika kamu terlihat tag nama di dada pekerja di sini selitkan sekali dengan nama bintang terkenal seperti ‘Saiful Dayang Nurfaizah’, ‘Aaron Led Zeppelin’ dan sebagainya . Ia merupakan signature Hard Rock yang memberi peluang pekerja di sini untuk memilih bintang mana yang dekat di hati dengan tujuan jika ada sesiapa yang ingin bertanya tentang bintang tersebut, pekerja itu akan menjawab persoalan tadi.

1. Memorabilia Tour

Hotel-hotel di semua Hard Rock cukup terkenal dengan mempamerkan barangan asli milik artis Hollywood, tidak ketinggalan juga Hard Rock Hotel Desaru Coast. Antara barangan milik artis yang berjaya diambil sebagai pameran ialah kasut tinggi Madonna, baju tidur dalam video klip Christina Aguilera, sari Iggy Azalea, baju Led Zeppelin, serta alatan muzik Gwen Stefani, The Rolling Stones dan banyak lagi.

Sangat berbeza jika kamu menginap di mana-mana hotel seluruh dunia, kami tidak selalu didedahkan bersama orang kaya dan terkenal, tetapi tidak lagi ketika kamu melangkah ke Hard Rock Desaru Coast. Kami telah memaparkan beberapa memorabilia batu terbesar, sama ada kamu seorang rocker yang menyukai The Rolling Stones atau Rihanna fangirl, kamu akan menikmati memorabilia yang dipamerkan di seluruh hotel ini.

11 pagi – 4 petang
percuma
untuk tempahan sila ke lobi utama Concierge, Aras 3

2. Sound of Your Stay

Satu keunikan sepanjang menginap di sini ialah tetamu akan disediakan kelengkapan alat muzik berupa gitar elektrik Fender atau pemain piring hitam bersama 10 album eksklusif daripada koleksi ikonik. Saya telah menerima gitar elektrik Fender, walaupun tidak mahir mengendalikannya tapi cukup puas mencuba memegang dan memetik gitar seperti bintang ternama. Mungkin dengan mencuba instrumen yang disediakan kamu bakal menjadi bakal superstar? Bukan itu sahaja, Sound of Your Stay turut menyediakan senarai lagu pilihan kamu yang bakal dimainkan di sepanjang penginapan di bilik melalui televisyen pintar. Bukan itu saja, sebaik saya melangkah kaki ke lobi utama sudah terdengar alunan muzik, apatah lagi ketika masuk ke dalam lif sehingga ke bilik.


3. Rock Spa

Terletak di aras paling bawah bertujuan memberi kedamaian kepada tetamu yang sedang asyik ‘melayan’ urutan terbaik daripada pakar. Tentunya muzik latar di Rock Spa bukannya irama rock tetapi alunan alam yang mendamaikan. Bagaimanapun kamu tidak lepas dengan muzik, irama alam memberikan sedikit twist sepanjang treatment yang memberikan ketenangan dari kepala hingga kaki. Tempah slot spa lebih awal dan pilih sama ada mahu dibelai bersama rakan-rakan, kekasih atau kamu sendirian. Rock Spa menyediakan pelbagai jenis rawatan dan pakej. Rock Spa beroperasi bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam. Sila membuat tempahan di sini.

4. Dining

Lokasi yang luas mempengaruhi kepelbagaian pilihan tempat makan dan aneka gastronomi untuk kamu pilih. Hard Rock Desaru Coast punya empat pilihan tempat makan iaitu Sessions, The Elephant & The Butterfly, Constant Grind dan GMT +8. Empat tempat makan ini mempunyai ciri-ciri khas makanan tersendiri;

Sessions

Sepanjang penginapan saya sarapan pagi dan makan malam di Session. Ia menghidangkan pelbagai makanan barat dan tempatan secara bufet. Dari Nasi Goreng, Sup Tom Yam, Spageti, Briyani Kambing dan aneka manisan. Kamu harus cuba signature smoothies, sotong tempura yang istimewa. Untuk membuat tempahan sila klik pautan ini.
Waktu operasi;
Sarapan Pagi: 7 Pagi – 10:30 Malam
Makan Tengah Hari: 12 Tengah Hari – 3 Petang
Makan Malam: 6:30 Petang – 10:30 Malam

The Elephant & The Butterfly

Bertemankan pemandangan tepi kolam renang infiniti, menghadap pemandangan dan langit biru, restoran ini mengetengahkan konsep makan dan bersantai. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu tempat makan dan bar. Menariknya, restoran ini menyediakan menu asal Mexico ilham daripada artis ternama dari sana iaitu Diego Rivera dan Frida Kahlo. Saya mencuba dan mencadangkan Calamari, Mexican Spicy Burger dan Beef Steak. Di sini juga menghidangkan moktel dan minuman keras bersantai di tepi kolam sambil melayan muzik samba latin.
Waktu Operasi: 6:30 Petang – 10 Malam

Constant Grind

Jika kamu di sini dengan tujuan bisnis atau teringin kopi hangat dan dingin, singgahlah ke Constant Grind, bar kopi yang mempunyai interior ceria sebagai tempat yang tenang, peribadi, selesa dan Instagram worthy. Nikmati secawan kopi terbaik, makanan ringan atau hanya untuk membaca buku. Cubalah Milkshakes Gone Wild atau set kombo Sandwich & Ice Tea pada harga RM20 sahaja.
Waktu Operasi: 10 Pagi – 10 Malam

GMT+8

Nikmati muzik secara langsung setiap hari di GMT+8 atau Greenwich Mean Time (GMT) mengikut kedudukan koordinat Hard Rock Desaru Johor ini. Minuman signature Jumbo Mojitos, makanan set Mambo Combo Platter dan minumam koktel lain disediakan. Suasana yang sempurna untuk bersosial dengan rakan-rakan sambil menikmati alunan nyanyian terbaik daripada penyanyi in-house yang pasti membuat kamu senang.
Waktu Operasi: 10 Pagi – 12 Tengah Malam


5. Roxity Kids Club and Roxtars Toys & Sweets

Goodies, candy dan toys dijual di sini, terletak di aras bawah berhampiran pintu masuk ke taman tema air dan bersebelahan gimnasium. Kedai istimewa untuk kanak-kanak ini menjemput tetamu dengan warna-warna ceria. Paling saya gemari ialah sudut gula-gula dan jeli yang dijual dengan harga berpatutan. Terkadang pabila waktu bercuti, terlupa membawa mainan anak, usah risau mencari kedai toys. Di sini juga adalah pusat sehenti yang menyediakan mainan menarik.  

6. The Rock Shop

Jika tadi mainan untuk kanak-kanak. Kali ini untuk orang dewasa dan muda yang menggemari buah tangan signature daripada Hard Rock. Keychain, mug, t-shirt adalah cenderahati paling common yang selalu dibeli pelanggan. Namun, Rock Shop menjual lebih daripada itu antaranya drum stick, aksesori, patung, replika piring hitam dan banyak lagi.


7. Desaru Coast Adventure Waterpark

Kawasan ini terkenal dengan taman tema Desaru Coast Adventure Waterpark, istimewanya menginap di Hark Rock Hotel Desaru Coast terdapat akses mudah berdekatan tempat makan Sessions. Pintu ini khas buat tetamu di Hard Rock sahaja dan kita dibenarkan keluar masuk beberapa kali dalam sehari. Berbeza dengan pelanggan taman tema yang hanya boleh masuk sekali sahaja dalam sehari.

Permainan roller coster, Kids Ahoy (ruang mandi kanak-kanak), Surf Wall, Swinging Ship dan banyak permainan slides yang laju, tinggi serta mencabar adrenalin. Akhir sekali bersantailah di salah satu daripada kolam ombak terbesar di dunia (Tidal Wave Beach) sambil menikmati ais krim di tengah cuaca terik mentari.

Tempah segera dan nikmati 7 perkara menarik selama percutian bersama teman dan keluarga di Hard Rock Hotel Desaru Coast atau klik sahaja di pautan ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE