SEARCH

Beri Makna Kepada Hari Ibu Bapa Tahun Ini

Beri Makna Kepada Hari Ibu Bapa Tahun Ini

Red Army Watches kongsikan beberapa rangkaian baru jam tangan rekaan kontemporari dan klasik khas sempena Hari Ibu Bapa tahun ini. Hanya menampilkan jam tangan yang paling unik, kamu akan mendapati setiap model jam tangan benar-benar luar biasa perlu dimiliki ibu bapa kita.

  1. Alexander Shorokhoff Lucky 8-2 (Untuk Bapa)
    hari ibu bapa

Menggunakan pergerakan 2416 Poljot yang berpengalaman 20 tahun dalam penghasilan pergerakan tepat, jenama ini sarankan ‘Lucky 8’ yang hadir dalam paparan perak di tengah-tengah dial, 31 tetingkap kecil juga memaparkan tarikh dan ia diwarnakan keseluruhan hitam. Warna merah pada jarum dan beberapa simbol daun terup cuba dimasukkan. Jam ini terhad untuk 50 utas sahaja. Ia dijual dengan harga bermula RM8,325 hingga RM8,815.

  1. Alexander Shorokhoff Kandy Avantgarde (Untuk Ibu)
    hari ibu bapa

Sesuatu karya buatan tangan tidak pernah menjadi hadiah yang menghampakan. Kandy Avantgarde pula model untuk wanita. Bersandarkan motto ‘Time for Emotions’, ia diharap dapat mencipta kegembiraan buat si pemakai. Dijual dengan harga RM12,250, model ini direka oleh CNC machines.

  1. REC P-51 Edisi Terhad (Untuk Bapa)
    hari ibu bapa

Adakah bapa kamu gemar menonton Formula D? Model ini direka dan dicipta melalui kolaborasi dengan pelumba terhandal, Vaughn Gittin Jr. Kolaborasi daripada REC dan Gittin di mana keduanya punya keghairahan terhadap dunia horologi dan sukan permotoran. Bagaimana mahu membaca jam ini pada dial? Sama saja, cuma mood yang dibawakan seakan melihat meter pada kereta lumba. Jam ini terhad kepada 350 utas dan dijual pada harga RM7,300.

  1. Laco Augsburg Blaue Stunde 39 dan 42 (Untuk Ibu dan Bapa)
    hari ibu bapa

Cocok buat pasangan yang gemar memakai benda sama. Laco menyampaikan rekaan yang effortless, ia tersedia dalam dua diameter iaitu 39mm untuk Ibu dan 42mm untuk bapa. Cahaya biru diinspirasikan melalui langit cerah nan cantik. Menggunakan nombor arabik pada indeks dengan Superluminova C3 yang dilindungi melalui Kristal nilam. Jam ini berharga RM1,670

Dapatkan jam istimewa Hari Ibu dan Bapa di semua Red Army Watches – 1Utama Shopping Centre, Pavilion Kuala Lumpur dan Gurney Plaza juga di mo.men.tum di Sunway Velocity. Atau lihat dahulu di layar maya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE