SEARCH

HAUNTU, Pengalaman Seram Yang Imersif & Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Di The Linc KL

HAUNTU, Pengalaman Seram Yang Imersif & Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Di The Linc KL

Kamu persah ke Escape Room? Kompeni yang mencipta aktiviti itu kini melancarkan produk terbaharu yang menyuntik adrenaline rush, Hauntu. Permainan berpasukan ini membawa pengalaman seram yang immersif, konsep sebegini  pertama kali di Malaysia. Terletak di tingkat dua The LINC KL, Hauntu kini dibuka untuk kunjungan orang ramai. Ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dalam pengalaman seram yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini.

hauntu
Apa Itu Hauntu?

Hauntu, dengan sebutan yang tepat iaitu “haunt-you”, adalah gabungan antara persembahan teater dan sebuah rumah hantu yang secara keseluruhannya memberikan pengalaman yang immersive – di mana persembahan teater secara langsung, memainkan watak peranan serta pendedahan kisah cerita disatukan bersama. Ia satu-satunya pengalaman seram yang immersif serta yang pertama di Malaysia, di mana pengunjung mengambil watak peranan dalam cerita, berinteraksi dengan watak-watak lain yang dilakonkan oleh pelakon sebenar dan membuat keputusan yang akan menjejaskan penghujung cerita dan memberikan pengalaman yang berbeza. Bagi peminat pertunjukan Netflix, iaitu Westworld, konsep Hauntu akan lebih mudah difahami.

hauntu

hauntu

Jumlah pengunjung ke Breakout mencatatkan peningkatan dua digit setiap bulan – kami sedar bahawa rakyat Malaysia sebenarnya bukan hanya bersedia, tetapi mempunyai keinginan untuk mendapatkan pengalaman yang berbeza,” kata Johnny Ong, pengasas bersama Breakout dan Hauntu.

Bukan hanya sekadar sebuah rumah hantu, Hauntu mengetengahkan tiga kisah yang berlaku di dalam Hotel Colle Eastern yang dipenuhi dengan misteri dan paranormal. Sepanjang tempoh tiga bulan, setiap cerita akan diperkenalkan untuk orang ramai setiap bulan. Oleh kerana tiga kisah adalah saling berkaitan, pengunjung masih boleh mendapatkan pengalaman yang lengkap tanpa perlu risau pada kisah cerita yang mereka pernah lalui atau mulakan di Hauntu sebelum itu.

hauntu

hauntu

Di Hauntu, seramai 6 hingga 10 pelakon yang juga sebahagian daripada kisah teater tersebut akan mempamerkan watak-watak mereka dalam kostum serba lengkap seperti pelayan, ahli sihir, pengemas bilik hotel dan sebagainya, untuk memastikan setiap pengunjung dalam setiap cerita mempunyai pengalaman yang sahih dan menyeramkan.

hauntu

hauntu

Hauntu dibuka setiap hari dari jam 11 ​​pagi sehingga 11 malam, penyertaan terakhir adalah pada jam 10 malam. Bayaran sekali masuk RM58 untuk setiap seorang. Untuk maklumat lanjut atau untuk mengetahui kisah cerita di Hauntu, layari laman web ini atau hubungi +6011-1686 9199 untuk tempahan – siapa tahu, kamu mungkin tidak mahu beredar dari situ…

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE