SEARCH

#HijabiOfInstagram – 10 Hijabi Paling Berpengaruh Pilihan STAIL.MY (Bahagian 1)

#HijabiOfInstagram – 10 Hijabi Paling Berpengaruh Pilihan STAIL.MY (Bahagian 1)

Tidak hanya popular kerana cantik atau bijak bergaya, sepuluh hijabi ini antara yang paling berjaya di lapangan kerja masing-masing. Popular di Instagram, gaya hidup mereka sentiasa menjadi rujukan dan dambaan setiap pengikut mereka. Bahagian pertama artikel ini kami menyenaraikan lima yang paling popular, paling berjaya dan paling disenangi pilihan STAIL.MY


NOOR NEELOFA
Instagram: @neelofa
Follower: 3 Juta
Karier: Pengacara / Pemilik Naelofar Hijab

Neelofa mula dikenali sejak bergelar Dewi Remaja. Wajah manis miliknya sentiasa meniti bibir semua penggemar showbiz lokal sejak mula dia menjejakkan kaki dalam bidang ini. Biar awalnya terlalu banyak kontroversi yang bikin benci ramai orang, Lofa bangkit semula dengan mencipta empayarnya. Pernah mengemudi rancangan Nona dan masih lagi pengacara MeleTop, Lofa cukup berjaya dengan bisnes tudungnya. Koleksi Duchess by NH habis dalam masa 10 minit dilancarkan atas talian. Hebat bukan?


VIVY YUSOF
Instagram: @vivyyusof
Follower: 599K
Karier: Pemilik Fashion Valet & The Duck Group

Vivy menjadi antara usahawanita pertama dalam bidang e-commerce yang cukup utuh mencipta nama serta empayar bisnes. Fashion Valet menjadi teruhannya bersama suami dalam memberi satu pengalaman baru membeli-belah buat rakyat Malaysia. Selain cukup berjaya sebagai usahawan, perwatakan witty-nya antara yang paling disenangi dan tentu sahaja siri OOTD di akaun Instagram miliknya antara yang paling banyak diikuti.


NURUL ZULKIFLI
Instagram: @nurulzulkifli
Follower: 52.6K
Karier: Pemilik Mimpi Kita

Sentiasa humble dan mudah didekati. Nurul bersama dua lagi adik-beradiknya menubuhkan Mimpikita dalam skala kecil sebelum memiliki butik di Bangsar sekarang. Kesungguhan mereka dalam menjadi hab fesyen modest khususnya sentiasa menjadi perhatian. Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam bidang fashion retail, Nurul semakin matang dan semakin disenangi kelibatnya.


MIRA FILZAH
Instagram: @mfmirafilzah
Follower: 1.1 Juta
Karier: Pelakon

Dia sebetulnya sudah popular sebelum menjadi pelakon lagi. Mira memiliki perwatakan lembut  yang sentiasa disenangi baik penggemar fanatiknya mahupun buat yang kali pertama mengenalinya. Setelah popular dalam drama gandingan bersama Adi Putra, nama Mira tidak lekang dari bibir pencintanya. Tidak mengambil masa yang lama mencipta nama, pengikut akaun Instagram bintang muda ini sudah mencecah 1.1 Juta sehingga hari ini. Need to say more?

Ehem.. @bellaammara ❤️

A photo posted by Belle Yahya (@bellealyahya) on


BELLE AL-YAHYA
Instagram: @bellealyahya
Follower: 30K
Karier: Co-Founder Bella Ammara

Saya kira Belle bertuah kerana dipertemukan dengan suaminya Carl Samsudin dan dengan kesungguhan dan kerja keras, hari ini nama Bella Ammara menjadi hab fesyen modest yang sentiasa dinantikan koleksinya. Kisah bermula dengan sembilan telekung sebulan sehingga membina empayar besar hari ini menjadikan Belle Al-Yahya dan pasangannya antara yang cukup berpengaruh sekali.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE