SEARCH

#HijabiOfInstagram – 10 Hijabi Paling Berpengaruh Pilihan STAIL.MY (Bahagian 2)

#HijabiOfInstagram – 10 Hijabi Paling Berpengaruh Pilihan STAIL.MY (Bahagian 2)

Jika semalam kami menyenaraikan bahagian pertama artikel ini, hari ini kami mempersembahkan lima lagi personaliti hijab paling berpengaruh hari ini. Jom kita lihat senarai penuh yang melengkapkan pilihan kami buat pembaca semua.

Wearing [email protected] long scarf and #prettyPleasebySugarscarf Jane Cardigan

A photo posted by Founder of Sugarscarf (@eyqasulaiman) on


EYQA SULAIMAN
Instagram: @eyqasulaiman
Follower: 50.7 K
Karier: Pemilik Sugar Scarf

Sugar Scarf menjadi antara jenama hijab terawal yang menawarkan sesuatu yang moden dan modest. Pemiliknya, Eyqa Sulaiman saya kira bijak melihat masa depan bisnes ini yang hari ini menjadi satu lapangan gaya hidup yang cukup luas sekali pasarannya. Dalam satu temu bual bersama majalah Hijabista, Eyqa memberitahu, “Tugas saya adalah memudahkan Muslimah tetapi pada masa sama, memperindahkan penampilan mereka.”


RAJA NADIA SABRINA
Instagram: @rnadiasabrina
Follower: 115K
Karier: Pemilik jenama Aere

Pemilik jenama Aere ini mula dikenali sebagai blogger dan posting OOTD nya sentiasa dinanti penggemar Nadia. Estetika jenama Aere yang sentiasa hadir minimalis dengan potongan moden menjadikan jenama yang dikemudi wanita muda ini bergerak dalam legasinya yang cukup tersendiri. Raja Nadia antara yang cukup disenangi penampilannya.


SARAH SHAH NOR
Instagram: @sarahshahnor
Follower: 49.3K
Karier: Pemilik Modvier

Pada hari pembukaan Modvier di Bangsar, butik milik Sarah Shah Nor ini didatangi 700 pengunjung dan mendapat hasil jualan melebihi RM10K. Dasyat bukan? Hari ini Sarah sudah boleh duduk selesa dengan apa yang dia miliki kerana kepercayaan dan pengaruh yang dicipta menjadikan dia antara yang paling berjaya hari ini.

GV2 Raya Special team @azianmazwann

A photo posted by nur amirah sulaiman (@nuramirahsulaiman) on


NUR AMIRAH SULAIMAN
Instagram: @nuramirahsulaiman
Follower: 14.3K
Karier: Pemilik Shawl by V Snow

Jika kakaknya berjaya dengan Sugar Scarf, Amirah boleh tersenyum bangga dengan kejayaan Shawl By V Snow. Bukan mudah untuk bersaing dalam bisnes serupa bersama kakak sendiri tetapi Amirah sudah membuktikannya hari ini. Shawl By V Snow memiliki dua butik di Shah Alam dan Johor Bharu. Yang terkini butik bakal dibuka di Bangi. Estetika seni hijabnya tentu saja pada pilihan prints yang tersendiri dan kualiti fabrik yang dipilih menjadikan Amirah antara yang sentiasa dipandang tinggi hari ini.

It's just another hiccup on the road. It's gonna be alright. Keep going!

A photo posted by @anaabu on


ANA ABU
Instagram: @anaabu
Follower: 34K
Karier: Pemilik Ana Abu Co.

Ana Abu bergerak secara cukup sederhana sebelum memiliki rekaannya sendiri hari ini. Gaya peribadinya adalah alasan dia disenangi dan menjadi ikutan. Semua mahu menjadi dan bergaya seperti Ana Abu. Apa yang ditawarkan dalam koleksinya juga saya percaya adalah pada apa yang dia rasakan terbaik untuk pasaran yang sedikit berbeza berbanding pasaran fesyen modest yang lain.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE