SEARCH

Hilton Garden Inn Puchong Menyediakan Kolam Air Masin Buat Pengunjung Yang Mahu Bebaskan Penat Lelah

Hilton Garden Inn Puchong Menyediakan Kolam Air Masin Buat Pengunjung Yang Mahu Bebaskan Penat Lelah

Jika kamu pelancong yang sibuk, pasti kamu menghargai kenikmatan rendaman kolam air masin selepas melalui waktu kerja yang memenatkan, ataupun pabila menikmati makanan segar yang disiapkan mengikut pesanan pada bila-bila masa. Jika ingin menikmati keselesaan dan hospitaliti daripada ‘Brighthearted Hospitality’, kamu boleh menikmatinya di Hilton Garden Inn Puchong.

Hilton Garden Inn Puchong
Kolam air masin ‘Ikonik’ di Hilton Garden Inn Puchong

 

Hilton Garden Inn Hotel yang kedua di Malaysia terletak di Puchong, salah satu daripada kawasan Lembah Klang yang kian pesat membangun. Hotel tersebut menyertai sembilan lagi hotel lain yang diuruskan oleh Hilton di Malaysia, sementara itu, organisasi tersebut menyasarkan untuk menggandakan kewujudan hotel berjenama Hilton di Malaysia untuk tahun yang akan datang.

Hilton Garden Inn Puchong
Aras lobi sebelum ke tingat 6 (kaunter pendaftaran)

 

Terletak di lokasi yang ideal untuk tujuan perniagaan dan percutian

Hotel baharu ini terletak di lokasi yang mudah diaskses oleh kenderaan awam dan pada masa sama, jauh dari kesibukan bandar. Ia menjadikannya tempat yang sesuai untuk tujuan pelancongan berlandaskan perniagaan dan percutian.

Dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang berada dalam lingkungan 25 minit jarak memandu, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang berada dalam lingkungan 30 minit jarak memandu, serta jarak berjalan yang pendek ke stesen LRT RapidKL Puchong Perdana, Hilton Garden Inn Puchong membolehkan tetamunya mengakses semua lokasi tarikan dan destinasi yang utama dalam kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Tambahan lagi, tetamu juga boleh mengunjungi Parkson M Square Mall dengan menaiki lif dari hotel tersebut. Dengan ini, tetamu boleh mengakses pelbagai tawaran membeli belah, makanan dan hiburan tanpa had.

Kemudahan Bilik Hilton Garden Inn Puchong

Dengan 255 bilik tetamu dan suite yang serba lengkap, hotel ini menampilkan kelengkapan katil signature nya yang segar dan terdiri daripada duvet putih serta linen yang mulus, di atas katil Slumberland; serta meja kerja yang luas dengan kerusi yang ergonomik. ‘Pusat hospitaliti’ dalam bilik dilengkapi dengan peti sejuk mini dan kelengkapan mandian Crabtree & Evelyn.

 

Hilton Garden Inn Puchong

Hilton Garden Inn Puchong

Tetamu boleh memilih untuk menginap di Bilik Tetamu yang menghala ke kawasan bandar atau tasik, atau jika mereka mahukan sesuatu yang lebih, mereka boleh memilih ‘Deluxe Corner Room’ untuk ruang tambahan dan tab mandi berasingan. Keselesaan juga dilestarikan dengan inovasi seperti sensor haba badan untuk sistem penghawa dingin dalam setiap bilik, yang dapat disesuaikan secara automatik mengikut suhu haba badan tetamu dalam bilik tersebut.

Tetamu di Hilton Garden Inn Puchong akan dilayan dengan pelbagai kelengkapan dan perkhidmatan termasuk:

  1. Wi-Fi percuma di seluruh premis untuk memenuhi keperluan perniagaan dan sosial tetamu;
  2. Pusat perniagaan 24 jam yang menawarkan fasiliti pencetakan percuma
  3. Pusat kecergasan 24 jam yang lengkap
  4. Kolam air masin sedalam 22m dan jakuzi bersuhu
  5. Perkhidmatan dobi layan diri 24 jam
  6. Pemindahan percuma dari atau ke destinasi-destinasi utama di Selangor.
Hilton Garden Inn Puchong
Gimnasium 24 jam

 

Hilton Garden Inn Puchong

Hilton Garden Inn Puchong

Hotel ini mempunyai lima ruang mesyuarat yang setiap satunya bersaiz 255 kaki persegi dengan pemandangan yang indah ke arah tasik dan kawasan bandar. Tingkap-tingkap yang besar juga memberikan pencahayaan yang natural di seluruh bilik mesyuarat tersebut, dan bilik-bilik ini menampilkan televisyen berdefinisi tinggi (HDTV), sistem bunyi, dan kawalan suhu berasingan, tempat duduk ergonomik, Wi-Fi percuma, serta ia juga boleh menampung 130 orang tetamu dalam tetapan tempat duduk teater dan 80 orang tetamu dalam tetapan tempat duduk bankuet.

Tetamu boleh menjamu selera di restoran Garden Grille yang terletak di premis tersebut atau mengunjungi kedai serbaneka Pavilion Pantry yang beroperasi 24 jam sehari untuk membeli pelbagai jenis snek, minuman, kopi, teh dan makanan segera. Tetamu juga boleh memilih untuk menggunakan servis bilik waktu malam dari pukul 7 malam sehingga 10 malam setiap hari.

Harga Bilik
Kadar bilik yang standard bermula daripada RM200, dengan ‘Guest Room Lake View’ bermula daripada RM220 dan ‘Deluxe Room’ bermula daripada RM250. Dapatkan maklumat lanjut, atau ingin membuat tempahan, sila kunjungi Hilton Garden Inn Puchongatau hubungi +60-3-8060 8188. Ketahui lebih lanjut mengenai Hilton Garden Inn di hgi.comatau newsroom.hilton.com/hgi.

Hotel baharu tersebut terletak di atas premis Parkson M Square Mall, di tingkat 6 dan beralamat di Jalan DM2, Taman Desa Millennia, Puchong.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE