SEARCH

Layanan Seperti Raja di Hilton Kuala Lumpur Pada Bulan Ramadan

Layanan Seperti Raja di Hilton Kuala Lumpur Pada Bulan Ramadan

Ramadhan tahun ini, hotel Hilton Kuala Lumpur menjemput tetamu untuk menjamu selera dengan konsep Jom Makan di Hilton. Sambutan istimewa makanan dan budaya yang diilhami oleh semangat Ramadhan sebenar iaitu memberi dan berkongsi. Kembali dengan tema “Jom Makan” yang telah berjaya pada tahun lepas, hotel Hilton Malaysia menggalakkan tetamu untuk menjamu selera setelah matahari terbenam sambil menikmati juadah and nilai persahabatan sesama saudara.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sudah terbiasa dengan juadah berbuka puasa terbentang luas dengan pelbagai rasa dan keunikan sajian tradisi makanan kita. Oleh itu tema “Jom Makan” dipilih dari bahasa tempatan yang dipuja oleh semua rakyat Malaysia.

Pada majlis pra-bufet yang diadakan, pihak pengurusan hotel mengundang beberapa wakil media untuk merasa dan menikmati sajian yang bakal dihidangkan sepanjang bulan Ramadan kelak.

Lebih 300 hidangan kegemaran orang Malaysia yang akan dihidangkan sepanjang majlis Iftar Hilton Kuala Lumpur. Pengunjung pasti rambang mata dengan pilihan yang sedia ada. Vasco Hilton Kuala Lumpur menggambarkan tema unik itu dengan mempamerkan perayaan diraja yang terbaik di Malaysia atau lebih dikenali sebagai Santapan DiRaja.

Hilton Kuala Lumpur

Hilton Kuala Lumpur

Highlights Ramadan 2019 di Hilton Kuala Lumpur:

 

Menampilkan bufet bertemakan “Santapan DiRaja”, perayaan yang sesuai untuk seorang raja mempamerkan pilihan kegemaran keluarga diraja Perak, Melaka, Johor dan banyak lagi. Datang dan nikmati hidangan di sepanjang hari di Vasco yang akan disertai oleh Silat dan Gamelan bersama alunan muzik tradisional.  

Hilton Kuala Lumpur

Pengunjung yang hadir berbuka puasa pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu akan dihiburkan secara langsung seni beladiri yang disebut silat. Silat yang sinonim dengan seni Melayu, ilmu pergerakan bagi mempertahankan diri yang melibatkan permainan senjata atau tangan kosong.

Penari-penari dihiasi pakaian tradisional akan menghiburkan pengunjung yang sedang menikmati pesta diraja mereka. Pengunjung tidak akan pulang dengan tangan kosong malah hadiah miniatur Tengkolok akan diberi kepada mereka.

Pemilihan tema Santapan DiRaja sentimental dalam masakan Melayu supaya pengunjung dapat merasai masakan terpilih setiap negeri yang ada di Malaysia serta bawa pulang pengalaman yang menakjubkan seperti layanan di istana.  

Harga bagi bufet Ramadan di Vasco, Hilton adalah RM188 untuk dewasa, kanak-kanak 6 hingga 11 tahun dikenakan sebanyak RM100. Orang ramai yang ingin mencuba keenakan juadah berbuka di Vasco, Hilton Kuala Lumpur ini boleh melayari laman web life.hiltonkl.com atau hubungi talian +603 2264 2264.

Hilton Kuala Lumpur
Gambar : Walauwei.com

 

Hilton Kuala Lumpur
Gambar : Walauwei.com

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE