SEARCH

Hab Pencarian Percutian Lengkap Dengan HomeAway. Lebih Efektif, Pantas & Mudah

Hab Pencarian Percutian Lengkap Dengan HomeAway. Lebih Efektif, Pantas & Mudah

Nak bercuti di mana bersama keluarga dan rakan-rakan? Pening mahu fikirkan sampai berkelahi? HomeAway adalah penyelesaian pencarian percutian menarik kamu. Rancang di sini.

homeaway

HomeAway, peneraju pencarian percutian memperlihatkan destinasi perjalanan paling popular masa kini untuk kumpulan dan keluarga, serta destinasi yang semakin popular di kalangan pengembara tahun ini.

Pengembara Malaysia mula gemar memilih rumah semasa percutian kerana biasanya mereka bercuti dalam kumpulan bersama keluarga atau rakan dan sememangnya ia pilihan yang tepat dalam percutian berkumpulan. Dengan harga serendah $100 seorang, semalam, kamu boleh menikmati kepuasan dan keselesaan suasana rumah ke mana sahaja kamu pergi.” Jude Davidson, Ketua Pemasaran, HomeAway Asia.

Pokoknya, jika kamu rancang ingin tinggal di kabin, vila, ran, rumah, HomeAway boleh mencari lokasi yang bertepatan dengan kehendak, keselesaan dan bajet.

Kabin, Ran dan Vila – Tempat Penginapan Alternatif Popular. HomeAway melihat peningkatan kecenderungan pada jenis penginapan yang unik, dengan ran dan kabin membangkitkan rasa ingin tahu pengembara. Dengan lebih banyak pilihan tempat penginapan unik ditambah kepada inventori HomeAway setiap hari, pengembara boleh memilih percutian yang sememangnya luar biasa! Saya pun ingin mencuba tinggal di kabin.

homeaway

homeaway
Cadangan Destinasi STAIL.MY Dengan HomeAway

Cebu, Filipina: Menarik hampir dua juta pengembara luar negara setahun, tarikan utama Pulau Cebu adalah pantai pasir putihnya yang menakjubkan dan lokasi menyelam seperti Malapascua dan Moalboal, menjadikannya tempat istirahat sempurna daripada gaya hidup yang sibuk di Malaysia. Walaupun pengunjung Malaysia tidak berjemur di tepi pantai, bandar Cebu turut menyediakan keseronokan dengan hiburan malam yang dinamik dan restoran dengan sajian menyelerakan.

Taichung, Taiwan: Kaya dengan sejarah dan suasana semula jadi yang indah, Taichung adalah lokasi alternatif yang sesuai dengan pengunjung Malaysia untuk keluar daripada Taipei yang sibuk. Dengan pelbagai pilihan makanan dan kawasan membeli-belah dengan harga berpatutan, pengunjung Malaysia mula membanjiri destinasi yang sohor ini.

Fukuoka, Jepun: Bagi pengembara Malaysia yang sudah mengunjungi Tokyo dan Osaka, Fukuoka menawarkan pengalaman bercuti ke Jepun yang berbeza. Menempatkan Hakata Dontaku tahunan, festival pelabuhan yang berwarna-warni dianjurkan pada musim panas setiap tahun, daerah ini adalah pusat kepada keraian tradisional Jepun.

Taipei, Taiwan: Taipei bandar yang menarik dengan gabungan budaya pengaruh China, Jepun dan Amerika. Dengan taman-taman yang cantik seperti Taman Alam Semula Jadi Guandu dan Taman Negara Yingmingshan yang terletak di bandar tersebut, pelancong boleh menikmati campuran keindahan semula jadi dan buatan manusia. Selain daripada itu, kehalusan kualiti makanan yang boleh ditemui di mana-mana sahaja dari rumah kedai hingga ke pasar malam menjadikan Taipei sebuah pengalaman yang dikenang buat pengunjung dari Malaysia.

Osaka, Jepun: Bandar pelabuhan Osaka adalah kawasan metropolitan kedua terbesar selepas Tokyo, terkenal dengan seni binanya yang moden dan hiburan malam yang meriah. Kecenderungan fesyen terkini dan bergayanya menjadikan bandar tersebut sebagai tempat tumpuan membeli-belah untuk pengembara Malaysia. Buat mereka yang berminat dengan sejarah dan kebudayaan juga boleh berkunjung ke tapak warisan dan tokong yang boleh dicapai dengan hanya menggunakan kereta api.

Singapura, Singapura: Antara bandar yang meriah dan penuh dengan budaya di dunia, pulau kecil Singapura popular sebagai destinasi percutian yang menarik. Di samping kepelbagaian kulinari menakjubkan dan tempat tumpuan utama moden seperti Universal Studios, disebabkan pengembara boleh memandu kenderaan sendiri ke Singapura menjadikannya pilihan yang menarik bagi pengembara dari Malaysia.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE