SEARCH

Honor 8 Pro Lebih Laju & Berprestasi Menakjubkan

Honor 8 Pro Lebih Laju & Berprestasi Menakjubkan

Telefon pintar Honor 8 Pro mula diperkenalkan dengan prestasi maksimum dalam satu peranti kecil. Peranti terkini Honor 8 Pro menetapkan taraf tertinggi dalam setiap ciri-cirinya termasuk kuasa pemprosesan lebih canggih, jangka hayat bateri tahan lama, skrin 5.7 inci dengan paparan Quad HD dan kamera dua lensa. Kesemua ciri-ciri ini terkandung pada telefon pintar yang berbadan nipis 6.97mm.

Honor 8 Pro

“Kami memberi penekanan terhadap kualiti, inovasi serta kerjasana dengan rakan kongsi global dan Honor 8 Pro bertujuan untuk menyampaikan yang terbaik buat penggunanya. Ia mendefinisikan semula telefon pintar berskrin besar dengan menyampaikan prestasi telefon yang tercanggih untuk pengguna  dalam rekaan ultra-nipis yang minimalis.” Luke Au, Pengarah Pemasaran Produk Huawei Consumer Business Group.

Honor 8 Pro Daripada Zero to Pro

-Honor 8 Pro direkayasa dari awal hingga dapat memenuhi keperluan pengguna hari ini. Dengan menggunakan perkakasan dan perisian terbaik dalam industri agar mencapai tahap kelajuan tertinggi.
-Kirin 960 chipset mempunyai lapan teras pemproses – empat teras Cortex A73 berprestasi tinggi yang mencatatkan 2.4GHz dan empat lagi Cortex A53 teras berkuasa rendah yang mencapai 1.8Ghz.
-The Mali-G71 mendapat sokongan grafik Vilkan tercanggih dan meningkatkan prestasi grafik sehingga 400%. Honor 8 Pro melancarkan lagi permainan dengan grafik hebat walaupun dalam 3 Dimensi.
-Paparan skrin beresolusi tinggi 515ppi, 16,700K warna
-VR-ready membolehkan pengalaman bermain melalui VR lebih real!
-Kamera dual 12 megapiksel – kedua-dua lensa saling bergantungan untuk mengahsilkan gambar tercantik pabila diambil.
-Honor 8 Pro hadir dalam warna ‘Navy Blue dan Midnight Black’ pada skrin 5.7 inci yang stylish dan sleek.Honor 8 Pro

Honor 8 Pro Di pasaran Malaysia

Ia mula dipasarkan di Malaysia11 Julai lalu. Honor 8 Pro dijual dengan harga RM1,999. vMall e-store berlesen untuk Honor, manakala Huawei menjadi platform dalam talian pertama yang menjual Honor 8 Pro secara dalam talian diikuti Honor Experience Store And Display Zones bermula 12 Julai. 100 pelanggan pertama yang membeli Honor 8 Pro dalam talian melalui vMall dan kongsikan di akaun Facebook miliknya boleh menebus satu powerbank bernilai RM128. Dapatkan segera di website vMall. Untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar ini boleh klik di link berikut.  

Honor 8 Pro

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE