SEARCH

7 Sebab Hooga Lebih Baik Daripada Ikea

7 Sebab Hooga Lebih Baik Daripada Ikea

Pusat sehenti dekorasi rumah Hooga atau cara sebutannya (hyu-ga) baru saja dibuka di pusat membeli-belah 1 Utama. Mengetengahkan konsep yang menimati kehidupan penuh keselesaan dengan menghidupkan suasana dalam rumah yang intim. Jenama ini berasal dari Denmark, ia menjemput saya dengan penuh keterujaan melihat setiap satu produk-produknya. Ternyata saya sangat terkejut! Ini 7 sebab mengapa saya berani katakan Hooga lebih baik daripada Ikea.

1. Tidak Terlalu Besar & Tidak Terlalu Kecil

Kedai Hooga ini adalah yang terbesar di kalangan kedai sedia ada di Malaysia. Ia merangkumi 7,641 kaki persegi. Saat tiba di kedai, kamu bakal disambut dengan tumbuhan botani palsu di pintu masuk dan menemui pelbagai jenis barangan rumah di dalam.

2. Hampir Lengkap

Hooga 1 Utama Shopping Center mempunyai lebih daripada 33 kategori barangan seperti lampu dan aksesori, hiasan rumah, penyimpanan dan organisasi, peralatan kamar mandi, peralatan tidur dan peralatan memasak, barangan dapur yang meliputi lebih daripada 1,100 item.

3. Harga Sangat Berpatutan

Bab ini yang paling mengujakan. Saat membelek setiap satu produknya, boleh dikatakan semuannya dilabel dengan harga munasabah. Jika dibandingkan dengan tempat lain yang mempunyai rekaan yang sama, rekaan Hooga dilihat seperti mahal. Namun ia SALAH. Harga jualan di sini daripada karpet, barangan bilik air, pingan mangkuk, cadar berjenama, sangatlah murah berbanding tempat lain.

4. Ada 4 Cawangan Hooga Di Malaysia

Tidak melebihkan orang-orang di Lembah Klang sahaja, Hooga telahpun membuka cawangan di empat kawasan lain iaitu di ;
1. 1 Utama Shopping Centre, Lot F140, 1st Floor, 1 Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
2. The Starling, S224, Level 2, 6, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
3. Plaza Gurney, 170-02-31A/31B/33A, Persiaran Gurney, 10250 George Town, Penang
4. Mid Valley Southkey, LG-061, Lower Ground, Jalan Bakar Batu, Southkey, 81100 Johor Bahru, Johor.

5. Banyak Jenama Dijual Dalam Hooga

Meskipun Hooga banyak mengetengahkan produk sendiri, ada juga jenama-jenama lain yang boleh didapati di Hooga antaranya set lapik tilam Akemiuchi, lampu, pinggan mangkuk serta produk lain. Sememangnya ia pusat sehenti barang rumah terbaik.

6. Pilihan Pokok Palsu Yang Banyak

Lalu sahaja di luar ruang legar kedai sudah disambut dengan kehijauan pokok plastik yang merimbun ke ruangan tumbuh-tumbuhan. Menarik lagi, tumbuh-tumbuhan moden seperti terrarium, kaktus dan menarik lagi ada juga dedaun yang dijual berasingan agar memudahkan pelanggan membuat suai padan sendiri.

7. Deretan Haruman Rumah Yang Banyak & Murah

Tidak lengkap jika rumah cantik tapi berbau masam. Lengkapi ruang dengan haruman rumah daripada seleksi Hooga yang menarik. Ada juga dijual dalam set kotak. Sesuai juga dibuat hadiah buat teman yang baru sahaja membeli rumah. Paling penting, harganya sangat berpatutan, sekitar RM35 ke atas sahaja untuk set lilin bersama setanggi (diffuser).

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE