SEARCH

ibis KLCC Hotel Yang Lengkap, Sederhana, Luas dan Yang Penting Murah!

ibis KLCC Hotel Yang Lengkap, Sederhana, Luas dan Yang Penting Murah!

Baru saja dibuka kepada umum bermula Ogos lalu, ibis Hotel Kuala Lumpur City Centre (ibis KLCC) telah menerima ribuan tetamu yang mengenali jenama ini dari seluruh dunia. Kedudukannya selang beberapa blok bangunan daripada Menara Berkembar Petronas, sudah memberi jawapan mengapa pelancong asing menggemari ibis KLCC. Kerana ibis KLCC hotel yang lengkap dengan berbagai kemudahan, akses utama dan selesa untuk dijadikan penginapan tengah bandar sambil berjimat.

Ibis KLCC menyediakan khidmat penghantaran (shuttle) ke Segitiga Emas Kuala Lumpur iaitu kawasan tarikan pelancong Bukit Bintang City Centre mengikut slot waktu yang ditetapkan. Bagi penggemar percutian dalam bandar, kamu boleh jalan kaki sahaja untuk sampai ke destinasi tumpuan atau menaiki pengangkutan awam berdekatan.

Saya gemari reka bentuk bilik ibis KLCC yang tidak terlalu sempit untuk bilik standard, ada juga bilik yang boleh terhubung antara bilik lain dan bilik ‘keluarga’ yang menempatkan katil ala Jepun berhampiran katil utama.

Kemudahan lain seperi servis dobi, bilik mesyuarat dengan kapasiti sehingga 120 orang, spa (The Asia Spa) yang menjanjikan pengalaman menarik dan juga kolam renang infiniti di aras kedua teratas. Saya difahamkan ibis KLCC mempunyai loteng dan bakal dikomersilkan menjadi ruang santai atau parti dengan pemandangan 360 darjah ibu kota.

ibis KLCC Hotel Yang Lengkap
Panorama kolam renang infiniti menghadap gunung ganang

 

684 Bilik Yang Lengkap Di ibis KLCC

Sebanyak 684-bilik di ibis KLCC direka khas untuk keselesaan tetamu dan memberikan pengalaman penginapan yang menenangkan. Kesemua bilik dilengkapi dengan katil istimewa “Sweet Bed” yang sememangnya selesa, termasuk selimut dan bantal yang amat lembut, TV skrin rata LCD 43-inci, pengering rambut dan seterika, bilik air yang besar, meja modular dan Wi-Fi berkelajuan tinggi. Semua bilik dilengkapi dengan soket/USB port, fasiliti membuat kopi dan teh serta tidak dilupai, tingkap kalis bunyi yang menjanjikan tidur nyenyak dengan harga yang terbaik.

ibis KLCC Hotel Yang Lengkap
Pemandangan bertentangan yang memperlihatkan hutan konkrit Kuala Lumpur

 

Rasa Malaysia Di ‘Kantin’ Utama

Kampung Kitchen menyajikan masakan Malaysia yang unik. Bufet sarapan pagi bermula pukul 6:30 pagi dan berlangsung hingga jam 10.30 pagi, manakala makan tengah hari dan makan malam a la carte bermula dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam. Untuk kemudahan dalam bilik atau perjalanan keluar, kira-kira dengan “Petite Paris”, yang beroperasi dari jam 11:00 pagi hingga 9:00 malam, yang menawarkan makanan yang selesa dan minuman panas atau sejuk – di mana sahaja.

Nikmati pengalaman yang menyatukan elemen oriental moden di lokasi terbaharu KL terletak di aras 31 dengan pemandangan bandar Kuala Lumpur yang menakjubkan. Dengan sajian yang menyelerakan dan suasana yang menenangkan, Jaded bakal mencipta pengalaman yang hebat buat tetamu. Jaded Bar bakal dibuka pada akhir tahun 2018. Waktu operasi bermula pada jam 12:00 hingga lewat.

Harga bilik bermula dari RM 228+ per malam. Untuk maklumat lanjut dan menempah penginapan anda dengan ibis KLCC, hubungi +603 277 83333, e-mel ke h8732@accor.com atau layari laman web ini.

ibis KLCC Hotel Yang Lengkap
Kedudukan ibis KLCC

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE