SEARCH

Perindahkan Rumah Dengan Item Kunci IKEA Sempena Tahun Baharu Cina

Perindahkan Rumah Dengan Item Kunci IKEA Sempena Tahun Baharu Cina

Tahun Baru Cina menandakan permulaan yang baharu bagi sesiapa yang mempercayainya dan masa untuk mengalu-alukan kebahagiaan, kemakmuran dan kekayaan kepada rakan dan keluarga yang akan datang dan melawat. Pada kesempatan ini, hidupkan semula rumah sama ada untuk bersaing dengan trend terkini atau menyesuaikan Feng Shui rumah. Lihat beberapa item pilihan STAIL.MY di IKEA sempena Tahun Baharu Cina dan tip menghias rumah sempena meraikan tahun khinzir ini.

IKEA Sempena Tahun Baharu Cina

  1. Letakkan barang-barang secara vertikal untuk memberi ruang di lantai. Rak buku Billy yang stailish ini sudah 40 tahun berada di pasaran. Kamu boleh ubah rak ini dengan cita rasa, warna dan stail sendiri. STAIL.MY memilih merah untuk Billy di musim perayaan ini. Billy, Bookcase, red (RM699)

IKEA Sempena Tahun Baharu Cina

IKEA Sempena Tahun Baharu Cina

  1. Kuasa bunga memberi kesegaran di rumah melalui tumbuh-tumbuhan untuk meningkatkan rasa kasih sayang antara kamu dan orang sekelilingmu. Feng Shui tahun ini menyatakan posisi tumbuh-tumbuhan di sudut Barat dan Barat Laut rumah atau bilik. Sockerart (RM39.90)

IKEA Sempena Tahun Baharu Cina

  1. Lengkapi ruang tamu dengan sofa paling selesa buat tetamu seperti kerusi Strandmon. Diinspirasikan daripada kerusi MK yang dilancarkan IKEA pada 1950an, kerusi ini dicipta untuk memberi rasa selesa buat semua penduduknya. Dengan cetakan flora, kamu mendapat imbangan sempurna Feng Shui dan keselesaan untuk ruang tamu. Strandmon, Kerusi Berkepak multi warna (RM799).

IKEA Sempena Tahun Baharu Cina

  1. Kecil tapi hidupkan ruang Tahun Baharu Cina seperti koleksi tin Solglimtar diselaputi dengan corak perayaan ini. Terdiri daripada pembalut kusyen, kepala lampu bercorak dan kotak masing-masing didatangkan dengan harga sama RM39.90.

Kunjungi IKEA berhampiran atau di hujung jari di laman sesawang ini. Ingat! kamu juga boleh membeli-belah secara dalam talian dengan mudah.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE