SEARCH

#TeamRayaKL ‘The Beauty of Raya’ Di Pavilion KL, Seperti Beraya Di Desa

#TeamRayaKL ‘The Beauty of Raya’ Di Pavilion KL, Seperti Beraya Di Desa

Jika kamu buntu ke mana lagi destinasi raya yang harus kamu kunjungi hujung minggu ini atau hanya sekadar beraya di Kuala Lumpur (#teamrayakl seperti saya), destinasi beli-belah mewah, Pavilion Kuala Lumpur (Pavilion KL) memperkenalkan sambutan kempen Beauty of Raya sehingga 13 Jun (Khamis) ini.

‘Beauty of Raya’ diilhamkan oleh ketupat, dianyam untuk dijadikan hiasan dan menawarkan pengalaman tersendiri. Ketupat dipilih sebagai simbol penyatuan bangsa Malaysia yang berbilang kaum dan sangat sinonim di musim Hari Raya. Seperti menganyam silaturahim, ia perlambangan majmuk yang diraikan semua warga.

Jamu mata dengan pelbagai kemeriahan untuk dinikmati ketika kamu membeli-belah, berswafoto dengan perhiasan-perhiasan ‘Beauty of Raya’ di pintu masuk utama dan ruang legar tengah Pavilion KL sambil menghulur sumbangan bagi tujuan kebajikan. Sebagai destinasi pilihan utama setiap kali musim perayaan, Pavilion KL mengalu-ngalukan kamu untuk merasai suasana Hari Raya yang gemilang.

Pengunjung akan disambut oleh arca yang terbuat daripada bunga Kalendula di pintu masuk utama dan disusuli pula dengan hiasan bunga mekar di Tangga Sepanyol. Tumpuan utama tentulah di ruang legar Center Court, meriah dan lengkap dengan dekorasi ketupat sebagai simbol keindahan Hari Raya. Ia tautan perkongsian dan kesepaduan yang menjadi tunjang tradisi dengan cahaya-cahaya bergemerlapan.

‘Beauty of Raya’ dibawakan dengan kerjasama eksklusif Maybank, Kiehl’s serta Pandora. Tangga Sepanyol juga menampilkan pameran yang dikendalikan khas oleh FashionValet, menampilkan koleksi “Jalan Raya” eksklusif mereka.

#TeamRayaKL Indahnya Raya Di Pavilion KL, Seperti Beraya Di Desa 1

Menyempurnakan majlis perasmian ‘Beauty of Raya’ ialah Dato’ Philip Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT, Md. Gharif bin Taib, Ketua Kad Maybank Malaysia serta beberapa individu lain yang turut menyumbang tenaga kepada komuniti dan masyarakat. Mereka terdiri daripada Dr. Hartini Zainudin, Aktivis Hak Asasi Kanak-kanak dan Pengasas Yayasan Chow Kit serta Dr Norhayati Abdullah, Naib Presiden Persatuan Air Malaysia dan penerima anugerah Fellowship L’Oreal-UNESCO bagi ‘Wanita Sains 2018’.

Disertai 100 kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Shifa, Rumah Permata Hatiku dan Cahaya Kasih Bestari, begitu juga dengan wakil-wakil masyarakat seperti Polis DiRaja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Majlis Pemandu Pelancong Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia, pihak media dan rakan-rakan Pavilion KL, tetamu dihidangkan dengan persembahan menarik, termasuk tarian oleh staf dan pekerja Pavilion KL sebagai tanda terima kasih kepada semua.

‘Beauty of Raya’ adalah usaha tanggungjawab sosial oleh Pavilion KL sebagai teras kepada kempen musim perayaan Hari Raya tahun ini. Dalam berkongsi tradisi menganyam ketupat, pengunjung turut dipelawa untuk belajar dan menghasilkan sendiri hiasan ketupat mereka di pusat beli-belah berkenaan atau membuatnya di rumah menggunakan bahan-bahan pilihan mereka sendiri. Bagi setiap ketupat yang dihasilkan, Pavilion KL akan menderma RM1 untuk kebajikan, dengan sasaran 30,000 ketupat dikumpul untuk tujuan itu.

the beauty of Raya! Sambil beraya, sambil mempelajari budaya. Menganyam ketupat, beramal dan beramah mesra.

 

#TeamRayaKL Indahnya Raya Di Pavilion KL, Seperti Beraya Di Desa 2

#TeamRayaKL Indahnya Raya Di Pavilion KL, Seperti Beraya Di Desa 3

#TeamRayaKL Indahnya Raya Di Pavilion KL, Seperti Beraya Di Desa 4

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE