SEARCH

Inès Longevial Cipta Botol Evian Edisi Terhad Sempena Hari Wanita

Inès Longevial Cipta Botol Evian Edisi Terhad Sempena Hari Wanita

Sempena Hari Wanita Antarabangsa, Evian dengan sukacitanya mengalu-alukan pelukis Perancis muda, Inès Longevial, untuk mereka bentuk edisi terhad tahunan yang ikonik. Sejak 2007, Evian terkenal sebagai perintis kerjasama bersama jenama fesyen, antaranya sebelum ini seperti Christian Lacroix, Kenzo dan Alexander Wang.

Seni sentiasa dikaitkan dengan fesyen sebagai inspirasi utama. Inilah sebab tahun ini, Evian memutuskan untuk meraikan hubungan unik ini dengan menjemput artis muda dan berbakat Inès Longevial ​​untuk mencipta karya-karya baru untuk koleksi itu. Berpusat di Paris, artis berusia 28 tahun itu terkenal dengan mengadakan pameran di Paris, Berlin, Los Angeles dan San Francisco. Lukisannya, pada masa yang sama lembut dan kuat, diilhamkan daripada Pablo Picasso dan Pedro Almodovar, menumpukan pada dua tema utama: kewanitaan dan alam semula jadi. Longevial ​​membawa makna baru dan relevan kepada lukisan tradisional dengan ekspresi tersendiri.

Untuk reka bentuk edisi terhad Evian, Inès Longevial ​​mengambil inspirasi daripada perjalanan Evian selama 15 tahun melalui Alpen Perancis. “Pukulan dakwat melambangkan perjalanan air mineral semulajadi melalui batu-batu Alps Perancis, manakala bunga mewakili sifat mekar di permukaan – sumber kesenangan” kata Inès Longevial. Kerjasama ini bukan sahaja meraikan kreativiti dan estetik tetapi juga menceritakan kisah Evian.

Botol istimewa ini boleh didapati di seluruh kedai Village Grocer, Ben’s by BIG, Starbucks, 7Eleven dan WHSmith. Untuk makumat lanjut sila ke laman ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE