SEARCH

#Inspirasi Wanita Berusia 90 Tahun Ini Pilih Keliling Dunia Untuk Sembuhkan Kanser

#Inspirasi Wanita Berusia 90 Tahun Ini Pilih Keliling Dunia Untuk Sembuhkan Kanser
driving-miss-norma-stailmy
Kisah Norma memberi inspirasi kepada pesakit kanser lain.

Ketika doktor mengesahkan bahawa dia memiliki kanser uterine, wanita berusia 90 tahun bernama Norma ini memilih cara lain meraikan kehidupan dan mencipta sesuatu yang lebih bererti baginya.

Norma memilih untuk mengembara bersama dua anaknya Tim dan Ramie dengan kenderaan RV milik mereka. Satu laporan akhbar menyatakan Norma mendapat tahu dia menghidap kanser dua hari selepas suaminya meninggal dunia.

Kekuatan untuk dia meneruskan hidup sudah tentu datang daripada dua anaknya yang sentiasa menyokong dan mahu melihat ibu mereka sentiasa gembira. Yang lebih menarik adalah, Tim dan Ramie adalah pengembara tegar yang sentiasa mengelilingi dunia.

driving-miss-norma-stailmy-1

 

“Keep praying every day and God will take care of you, even when it feels like you can’t care for yourself.” – Norma

 

Kisah hidup wanita ini dikongsi bersama menerusi akaun Facebook miliknya, Driving Miss Norma. Sejak mula menjadi perhatian dunia, kisah Norma ini turut dirakam CBS News sebagai bahan penuh inspirasi yang boleh dikongsikan bersama masyarakat.

Keputusan Norma untuk tidak menjalani sebarang rawatan kemoterapi dan susulan turut disokong pihak hospital. Dan selepas lebih enam bulan dia mengembara bersama RV kansernya dilaporkan semakin berkurangan dan dia tidak lagi sakit. Anda boleh ikuti kembara penuh warna Norma di akaun Facebook miliknya – Driving Miss Norma

Norna-stailmy-1

“We see what cancer treatment looks like everyday. ICU, nursing homes, awful side effects and honestly, there is no guarantee she will survive the initial surgery to remove the mass. You are doing exactly what I would want to do in this situation. Have a fantastic trip!”

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE