SEARCH

#Inspirasi Wanita Ini Menghabiskan Seribu Hari Merentas Dua Benua, Enam Negara Dengan Hanya Berjalan Kaki

#Inspirasi Wanita Ini Menghabiskan Seribu Hari Merentas Dua Benua, Enam Negara Dengan Hanya Berjalan Kaki

sara marquis _ stailmy

Berusia 43 tahun, Sarah tekad mahu mengembara sendirian mencari dan mengenal erti hidup dengan berkunjung ke enam negara berbeza. Dia mendekati masyarakat tempatan dan menghabiskan masa bersama mereka.

Sarah yang sudah mula mengembara sendiri sejak berusia 17 ke Turki sendirian berkata, “Saya tidak pernah merancang langsung setiap pengembaraan kerana saya pasti kembara sebenar dalam dunia ini adalah mengikut ke mana takdir menulis dan belajar sesuatu daripada setiap hentian yang saya tujui.”

Pada 2002 dia menghabiskan masa selama 17 bulan mengembara sekitar Australia dalam jarak perjalanan sehingga 14,000 kilometer. Dan pada 2010 dia membawa dirinya ke destinasi lebih mencabar dan penuh dugaan.

Jelajah ke Siberia, Rusia menerusi Gurun Gobi, China, Laos dan Thailand. Dia kemudian menaiki bot kargo ke Brisbane dan berjalan ke seluruh benua Australia.

 

“Saya pernah singgah ke satu perkampungan yang membawa saya pada satu fasa kehidupan yang cukup daif. Di situ saya belajar tentang betapa sukarnya hidup hanya  untuk mendapatkan sumber makanan.”

wild by nature - sara marquis- stailmy
Kisah Sarah Marquis ditulisnya dalam memoir panjang ini.

 

Tambah Sarah, ketika di Gurun Gobi, dia pernah dikelilingi sekumpulan serigala yang menjadi antara pengalaman paling dia tidak dapat lupakan. “Ketika itu saya berasa cukup asing dan membuat saya percaya hidup di dunia ini bukan semuanya milik manusia. Hal-hal begini membuat saya cukup rendah diri dan menghargai spektrum kehidupan secara menyeluruh.”

Kisah di China membawa pengajaran berbeza apabila dia terpaksa menyamar menjadi seorang lelaki. “Di beberapa bahagian di China, wanita dianggap sebagai hamba seks. Tidak kiralah kamu seorang warga tempatan atau pelancong. Saya tidak punya banyak pilihan untuk terus survive selain menyamar menjadi lelaki.”

Kisah Sarah ditulis dalam memoirnya berjudul Wild by Nature. Cerita lengkap tentang pengembaraannya ditulis dengan terperinci dan mendalam. Saya kira tidak ramai wanita mahupun lelaki sekuat Sarah dan berani keluar dari kepompong selesa kehidupan biasa. Semoga kisah Sarah ini memberi ilham buat kita semua.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE