SEARCH

Jika Instagram Hapuskan Jumlah Like, Apakah Impak Kepada Influencer?

Jika Instagram Hapuskan Jumlah Like, Apakah Impak Kepada Influencer?

Instagram Hapuskan Jumlah Like
Dalam usaha menjadikan Instagram sebagai aplikasi yang kurang tekanan, platform ini mula bereksperimen dengan menyembunyikan kiraan tanda suka sekaligus membuatkan pengikut tidak memfokuskan jumlah ‘like’ pada setiap post yang dibuat. Jika Instagram hapuskan jumlah ‘like’, apakah impak kepada individu bergelar pengaruh media sosial?

Mengikut permerhatian saya, budaya di Asia Tenggara terutamanya begitu taasub dengan jumlah ‘like’, bilangan pengikut dan berapa orang yang melihat ‘story’. Bayangkan jika ada yang sanggup berhabisan demi ribuan pengikut atau sanggup menggodam akaun orang lain demi meraih pengikutnya yang ramai dan menjadi bisnis menjual akaun Instagram? Lebih buruk lagi ada juga yang murung jika jumlah penggemar lebih sedikit berbanding teman hingga sanggup membunuh diri akubat tidak popular.

Dalam ekonomi media sosial, jumlah ‘like’ telah menjadi mata wang penting. Satu usaha untuk menimbulkan kecanduan di kalangan pengguna mula menyebar. Ujian telah bermula di Kanada, dan berkembang ke Ireland, Itali, Jepun, Brazil, Australia dan New Zealand. Langkah logik ini berikutan baru-baru ini Instagram meningkatkan kesedaran terutama dalam kesihatan mental dan menggalakkan penguna menggunakan aplikasi tersebut dengan tujuan lebih baik dan positif.

Instagram harus kembali ke tujuan asalnya iaitu menghargai dan berkongsi tentang peristiwa menarik dalam kehidupan seseorang. Bukan seperti hari ini di mana Instagram telah dirasakan sebagai medan persaingan dan bukan tempat untuk mendapat inspirasi.

Keputusan ini mendapat sambutan positif daripada masyarakat dunia. Walau bagaimanapun, pengumuman itu membuat saya tertanya-tanya: Bagaimana mungkin impak ini mempengaruhi pengaruh media sosial, bagaimana mahu mengetahui siapa yang suka dan berapa pengikutnya? Kerana kuantiti ini bagai roti dan mentega dalam kerja mereka.

Kiraan ‘like’ penting untuk influencer bagi melihat engagement dengan pengikutnya dan tawaran yang selayaknya mereka dapat. Januari lalu, gambar telur menjadi tular dan mendapat jumlah like paling ramai di dunia iaitu 35 juta sekaligus mengatasi gambar Kylie Jenner.

Tapi Instagram juga melihat betapa pentingnya hubungan antara influencer dengan jenama setelah nombor-nombor disembunyikan. Dan bagaimanakah mahu menilai pada satu-satu post untuk mendapat engangement terbaik? Namun, dengan menyembunyikan nombor, ia membuatkan pengikut akan memfokuskan kepada pengisian gambar atau video tersebut berbanding jumlah like.

Pada pendapat saya, seharusnya ada satu butang khas yang membolehkan hanya pemilik akaun boleh melihat segala kuantiti nombor yang diperlukan. Dan jika jenama ingin mengetahui berapa peratus tontonan atau like, mereka seharusnya bertanyakan terus kepada influencer tersebut melalui carta yang di screenshot tadi. Atau kamu ada cadangan lebih baik?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE