SEARCH

Pre #inSTAILgramWorthy : Team STAIL.MY Teruja menyahut Cabaran Pembaca Dengan #InMyFeelingsChallenge Eksklusif Memandu Hertz Ke Melaka!

Pre #inSTAILgramWorthy : Team STAIL.MY Teruja menyahut Cabaran Pembaca Dengan #InMyFeelingsChallenge Eksklusif Memandu Hertz Ke Melaka!

Terkenal sebagai syarikat sewa kereta terkemuka di dunia, Hertz juga ada di Malaysia dan sentiasa menjadi pilihan pengembara, peniaga dan individu yang ingin pegi cuti bersama keluarga. Dengan itu, Hertz Malaysia membawa kami ke Bandaraja Bersejarah Melaka sempena penerokaan kami ke tempat-tempat #inSTAILgramWorthy.

Melalui rangkaian luasnya lebih daripada 8,500 lokasi di lebih 150 negara, Hertz menawarkan pelbagai perkhidmatan mobiliti dari penyewaan sendiri kepada pemandu dengan menggunakan pelbagai model dan kualiti demi memenuhi setiap keperluan pengguna.

Hertz Malaysia diselenggara oleh Sime Darby Rent A Car Sdn Bhd, subsidiari milik penuh Sime Darby Berhad dan memegang lesen francais untuk Hertz di Malaysia. Selama bertahun-tahun, syarikat itu telah aktif dalam menawarkan perkhidmatan sewa kereta berkualiti tinggi dengan pilihan sewa jangka pendek dan jangka panjang serta pemandu dan perkhidmatan pemindahan. Mudah bukan?

Bermaksud jika kamu ke mana-mana saja negara yang mempunyai khidmat ini, boleh terus membuat tempahan kereta dan mungkin servis pemandunya sekali. Ini membuatkan percutian kamu lebih santai.

Hertz Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan armada, pajakan operasi dan penyewaan kereta dengan penglibatan Sime Darby dalam pengedaran dan pemasangan kenderaan bermotor di Malaysia dan rantau ini.

instailgramworthy-hertz
Senarai harga sewa antara kenderaan Hertz Malaysia yang ditawarkan
#instailgramworthy-hertz

Hertz Malaysia beroperasi di setiap bandar utama dan lapangan terbang di seluruh negara, menjadikannya rangkaian terluas di kalangan semua syarikat sewa kereta di Malaysia. Antara 17 cawangan terletak di Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2, Skypark Subang, Johor Bahru, Lapangan Terbang Senai, Lapangan Terbang Kuantan, Lapangan Terbang Kota Bharu, Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Alor Setar, Lumut, Kota Kinabalu International Lapangan Terbang, Lapangan Terbang Labuan, Lapangan Terbang Sandakan, Lapangan Terbang Kuching dan Lapangan Terbang Miri.

Lihat laman sesawang Hertz untuk mencuba menyewa untuk percutian bersama keluarga dalam satu kereta besar!

Lebih 3,000 model kenderaan berbagai jenis, Hertz Malaysia menawarkan pilihan dari sedan, kenderaan pelbagai guna atau kenderaan pacuan empat roda yang luas. Bagi mereka yang ingin memanjakan diri dengan kemewahan, Hertz Malaysia mempunyai pelbagai model mewah untuk disewa. Sambil meletakkan kepentingan keselamatan dan memastikan semua kenderaan diselenggara dengan baik dan berkualiti.

instailgramworthy-hertz

Hertz Malaysia mengutamakan kepuasan pelanggan. Maka mereka berdedikasi untuk menjadikan perkhidmatan penyewaan kereta cekap dan boleh diakses oleh setiap pengembara, sama ada untuk perniagaan atau masa lapang. Dengan cawangan-cawangan yang terletak di seluruh Malaysia, kamu sentiasa yakin dengan pengalaman sewa kereta yang berpatutan, boleh dipercayai dan senang dengan Hertz Malaysia. Semacam team STAIL.MY, kami benar-benar teruja, selesa dan seronok memandu kenderaan-kenderaan Hertz Malaysia bersama perkhidmatan yang mudah diaskes dan ramah. Untuk itu saksikan #InMyFeelingsChallange bersama kereta daripada Hertz Malaysia oleh team STAIL.MY sempena #inSTAILgramWorthy yang bakal bersiaran akhir bulan. Enjoy!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE