SEARCH

Interior Hitam Serlahkan Ruang Lebih Elegan, Misteri, Rapi Serta Moden Pada Rumah Kamu

Interior Hitam Serlahkan Ruang Lebih Elegan, Misteri, Rapi Serta Moden Pada Rumah Kamu

Artikel saya yang lalu telah mendedahkan idea rumah milenial. Elemen warna memainkan peranan penting, namun rumah orang muda sekarang kebanyakannya gemar dengan tata warna cerah pada keseluruhan rumah. Baik untuk bergambar katanya. Tapi kali ini saya ketengahkan pula bagaimana interior hitam berjaya menangkap mata pada sudut apartment juga penthouse seperti di luar negara, pasti menghasilkan imej tampak mewah walaupun diisi dengan perabot dan aksesori interior yang minimalis.

Apartment ‘Hitam’ Tampak Eksklusif

‘Hitam Itu Menawan’ cogan kata iklan zaman 90-an yang popular, saya boleh relate untuk situasi ini. Keseluruhan hitam pada ruang rumah yang besar memberi intimasi pada segenap halaman. Bukan itu saja, ia memberi suntikan maskulin, ego, diri yang suka berahsia juga element berahi di ruang kamar.

Perhatikan satu per satu segenap rumah ini, pemilihan lantai di ruang tamu juga seperti daripada kayu solid berwarna gelap. Pereka dalaman berani bermain dengan warna hitam kerana apartment ini disinari cahaya luar melalui tingkap kaca pada hampir 75 peratus ruang rumah. Jika rumah apartment versi lama di Malaysia, kita tidak punya kelebihan itu, tapi boleh juga bermain dengan warna hitam dengan syarat cukup lampu temaram dibawa ke dalam rumah. Cukup sekadar lampu temaram dah tak usah terlalu meriah dengan spotlight.

interior hitam
Ruang tamu pada apartment satu bilik atau sofo
interior hitam
Ruang ‘mencari ilham’ tampak cosy dan redup
interior hitam
Walk in wardrobe juga manatar batu konkrit gelap pada dinding
interior hitam
Pereka bijak menghapuskan dinding batu. Pintu kaca memberi serapan cahaya pada segenap ruang ke dalam bilik dan tampak luas
Penthouse Lebih Agam Dengan Mainan Warna Emas

Kontra warna hitam dan emas saling membantu dalam seni. Walaupun di mata saya warna apa pun yang disatukan dengan hitam, ia akan naik. Sentuhan emas membawa kemewahan kerana ibarat membawa ‘status’ dalam gaya. Lihat sebesar mana lampu kandil dengan rekaan moden seakan spider web dibawah ini. Tentunya ia telah memberi satu statement pada ruang tamu itu.

Pada ruang sempit pula, berdindingkan warna hitam turut diletakkan bingkai gambar emas pada dinding dan hasilnya yang cukup mempesonakan. Ia amat sesuai untuk apartment kecil dan sesuai diaplikasikan dibuat seperti gambaran dibawah. Apa pun pilihan warna aksesori juga memainkan peranan.

Paling penting, ruang interior rumah yang kita diami harus menggunakan hiasan yang relevan untuk masa jangka panjang. Juga, biarlah daripada jenis perabot atau barang yang berkualiti.

interior hitam
Ruang tamu penthouse mewah di Paris menjadikan aksesori emas sebagai statement pada lelangit ruang tersebut menjadi kontra pada interior hitam

interior hitam
Lihat bagaimana ruang sempit berlatarkan hitam namun dengan element emas menjadikannya kekal menarik
interior hitam
Mini bar mencipta gaya ala kesultanan Eropah moden
interior hitam
Bilik bujang yang minimalis dengan warna hitam. Bijak, kerana susah nampak kotor

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE