SEARCH

Isuzu D-Max & Isuzu D-Max Z-Prestige Lebih Mantap!

Isuzu D-Max & Isuzu D-Max Z-Prestige Lebih Mantap!

Secara rumusan sebelum kamu membaca lebih lanjut, saya dapat lihat beberapa ciri-ciri terkini dan warna pilihan pada Isuzu D-Max iaitu ungu ‘Calvary Mica’ yang membuatkan kedua-dua model yang dinaik taraf ini lebih mantap.

isuzu d-max
Sistem infotainmen baru

 

D-Max Premium (3.0L dan 2.5L) dan D-Max Z-Prestige kini dilengkapi dengan sistem infotainmen bersama panel paparan 8.0 inci. Ia digabungkan dengan navigasi GPS, “Smart Mirroring”, Wi-Fi, USB, iPod, Bluetooth dan lain-lain. Ini menjadikan skrin lebih mesra pengguna dan lokasi terbina bilik pameran Isuzu membolehkan pelanggan mencari bilik pameran bagi mendapatkan perkhidmatan dengan mudah.

isuzu d-max
Ungu “Cavalry Mica”

 

Bagi ciri baru yang lain, dulang kargo gelongsor dipasangkan pada varian D-Max Z-Prestige. Ia adalah pilihan untuk seluruh varian D-Max yang lain dan pelanggan boleh memilih untuk mempunyai aksesori ini. Dulang kargo boleh dialih kepada pintu bahagian belakang, membolehkan pengguna mendapat kembali barangan dengan lebih senang. Ia juga mengurangkan insiden kecederaan dan sakit belakang kerana pengguna boleh mengangkat berat dengan jarak yang dekat kepada badan.

Kerusi kulit baru juga dipasangkan pada Isuzu D-Max Premium AT (3.0L) dan D-Max Z-Prestige. Ia mempamerkan reka bentuk sporty kontemporari dengan bentuk geometri segi empat tepat.

isuzu d-max
Kerusi kulit terkini

 

Warna Ungu “Cavalry Mica” akan menggantikan warna lama Biru “Nautilus Mica”. Warna ini kelihatan kehitaman di bawah keadaan gelap sementara ungu gelap di bawah cahaya matahari.

D-Max yang dipertingkatkan ini mengekalkan nilai teras kami (kecekapan bahan bakar, ketahanan, dan kebolehpercayaan) dan penambahbaikan luaran dan dalaman dibuat mengikut keperluan pengguna supaya ia dapat diterima dengan baik oleh pengguna di Malaysia.” Masayuki Suzuki, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia

Untuk maklumat kenderaan Isuzu selanjutnya, hubungi 1-300-88-1133 atau lawati laman rasmi di sini.

isuzu d-max
Dulang kargo gelongsor

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE