SEARCH

Isuzu MU-X Versi Baru SUV 7 Tempat Duduk Yang Dipertingkatkan Dari Luaran, Dalaman & Aspek Keselamatan

Isuzu MU-X Versi Baru SUV 7 Tempat Duduk Yang Dipertingkatkan Dari Luaran, Dalaman & Aspek Keselamatan

Dengar saja model SUV masuk pasaran membuatkan daddy-daddy teruja. Mana tidaknya, model SUV sememangnya trend kereta keluarga zaman sekarang. Maka daddy pun ghairah mahu melihatnya. Minggu lalu Isuzu melancarkan Isuzu MU-X baru versi yang dipertingkatkan dan mengalami ubahsuai yang agak ketara.

Pada majlis pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka berkata dia yakin dengan kualiti yang dibina Isuzu MU-X dan enjin Isuzu sememangnya dikenali kerana ketahanan dan kebolehpercayaan.

Isuzu MU-X

“Kenderaan kami direka dengan meletakkan tiga prinsip utama iaitu kecekapan bahan api, kebolehpercayaan dan ketahanan. Jurutera kami bekerja keras untuk memastikan enjin Isuzu MU-X pada tahap terbaik, seterusnya membolehkan kami memberikan waranti jarak 5 tahun tanpa had.”

Kelaianan Isuzu MU-X

Pembaharuan besar termasuk mukaan baru dengan lampu depan projektor bi- LED spektrum biru, 6 beg udara SRS, pad kulit lembut dalaman, kawalan turun bukit, roda aloi 18 inci dan warna baru “Havana Brown” daripada empat warna lain.

Kenderaan ini dilengkapi dengan kehadiran bahagian hadapan yang agresif untuk menggambarkan rupa yang kuat dan berkuasa. Konsep penggayaan kenderaan diinspirasikan daripada gambaran helang, hasilnya memberikan bahagian depan yang tajam dan berkilau. Kedua-dua model MU-X 4×4 dan 4×2 ini dilengkapi roda aloi 18 inci untuk melengkapkan imej prestijnya. Peningkatan ketara pada rekaan luaran, MU-X baru dilengkapi dengan lampu depan projektor Bi-LED dalam cahaya spektrum biru dan Lampu Nyalaan Siang LED (DRL).

Ciri ini pastinya menajamkan daya penglihatan pemandu ketika memandu pada waktu malam dan mengurangkan keletihan pemandu akibat pendedahan cahaya spektrum biru. Lampu depan juga didatangkan dengan ciri aras auto untuk mengekalkan unjuran cahaya ke arah optimum apabila berat ditambahkan kepada kenderaan. Lampu kabus belakang baharu juga menambahkan ciri kecanggihan kepada kenderaan ini.

Interior Lebih Elegan

Untuk ruangan dalaman pula, MU-X baru pastinya memberi kepuasan kepada pemandu dan penumpang dengan rekaan dalaman yang sangat elegan. Ia telah ditingkatkan dengan permukaan lembut untuk rasa mewah dengan panel corak kayu pada trim pintu dan papan pemuka hadapan. Grafik tengah yang elegan dan panel meter rekaan terbaharu electromunescent (e- LUMAX) dengan Paparan Multi Maklumat (MID) dipasang untuk memberikan ciri unggul kepada kenderaan ini.

Pembaharuan lain yang ketara adalah tempat duduk kulit dengan corak baharu untuk memastikan keselesaan pemandu dan penumpang. Sistem infotainment juga dikemaskini dengan 8 pembesar suara untuk memberikan audio lebih jelas. Varian 4×4 didatangkan dengan skrin sentuh DVD 8 inci dan monitor lipat bawah untuk penumpang belakang. Versi 4×2 pula dilengkapi skrin sentuh DVD 7 inci.

Isuzu MU-X
Kawalan Turun Bukit

Baru kepada Isuzu MU-X adalah penambahan Kawalan Turun Bukit (HDC). Fungsi ini membolehkan pengawalan yang lancar dan teratur semasa berada di kawasan muka bumi yang kasar. Pemandu boleh mengawal kelajuan kenderaan untuk disesuaikan dengan keadaan cerun dengan menekan pedal atau pemecut brek (maksimum 30km/j). Ia aktif untuk kedua-dua hala kenderaan ke hadapan dan ke belakang.

Sebagai tambahan, ia didatangkan dengan 6 beg udara SRS untuk peningkatan ciri keselamatan.

Harga baru atas jalan tanpa insuran adalah RM 183,000.40 untuk varian 4×4 dan RM 176,640.40 untuk varian 4×2. Kedua-dua varian ini didatangkan dengan transmisi 5- kelajuan automatik, dan mengekalkan prestasi enjin diesel bahan api yang efisien dengan 2.5L Sistem Geometri Boleh Ubah (VGS) Turbo Intercooler.

Isuzu MU-X

Isuzu MU-X

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE