SEARCH

Jaeger-Lecoultre Bersama Finch & Partners Menjadi Hos Annual Filmmakers Dinner Award Ke-9

Jaeger-Lecoultre Bersama Finch & Partners Menjadi Hos Annual Filmmakers Dinner Award Ke-9

Kota Cannes menyaksikan sinaran bintang-bintang filem berkilauan bersempena Annual Filmmakers Award yang telah di anjurkan bersama Jaeger-LeCoultre dengan Finch & Partners. Berlangsung di Hotel du Cap, Antibes,

“Sesuatu yang mengujakan untuk menganugerahi Paolo yang mencerminkan semangat seorang lelaki juga sebagai artisan, pada pendapat saya begitu terinspirasi. Hasil kerjanya yang berkompaskan banyak elemen penting dalam hidup. Humor, cinta dan semangat luar biasa serta fantasi.” Charles Finch

Annual Filmmakers
Foto candid Olga Kurylenko bersama Charles Finch. Gambar oleh Greg Williams

Acara yang dihoskan oleh Charles Finch dihadiri model Coco Rocha, Naomi Campbell dan Eva Herzigova. Turut mencantikkan lagi karpet merah pelakon Adrien Brody, Olga Kurylenko, Gemma Arterton dan Elizabeth Olsen. Antara nama besar lain ialah pengarah Abel Ferrara, Takashi Mike, Arnold Schwarzenegger dan Katya Mitsitouridze.

MOMEN ACARA ANNUAL FILMMAKERS DINNER AND AWARD KE-9

Tetamu menikmati jamuan koktel di ruang teres diikuti makan malam dan berpesta dengan menari sehingga ke malam. Untuk tahun ketiga, tetamu dijemput menyaksikan pameran fotografi istimewa ‘The Art of Behind The Scenes’ mempamaerkan gambar-gambar daripada jurugambar hebat dan terkenal dunia. Pameran tersebut diterbitkan oleh Finch & Parters dan Jaeger-LeCoultre, berjaya menayangkan kepada umum gambar-gambar yang tidak pernah tayangkan daripada Brigitte Bardot, Sofia Loren dan James Dean. Sambil menyuntik sejarah glamor festival filem. Tahun ini turut dipamerkan siri foto-foto kontemporari yang diambil sekitar New York, Paris dan Shanghai menggunakan kamera Compass vintaj dari tahun 1937 oleh Jaeger-LeCoultre.

Annual Filmmakers
Pameran The Art of Behind the Scenes. Gambar Getty Images

Tahun kesembilan penganjuran makan malam sempena Annual Filmmakers Awards ini berkesinambungan mencipta majlis penting bersempena Festival Filem Cannes dan ia sinonim dengan prestij acara itu sendiri. Penerima anugerah Filmmakers Awards sebelum ini antaranya Nick Broomfield, Gus Van Sant, Alfono Cuaron, Christopher Hampton, Bernardo Bertolucci dan Berrand Tavernier.

JAEGER-LECOULTRE & FOTOGRAFI

Jenama jam tangan terkenal ini terjerbak dalam dunia fotografi sejak 1937, pabila LeCoultre & Cie membangunkan Compass: kamera kecil bersaiz poket rokok yang mendapat permintaan daripada Englishman Noel Pemberton Billing, satu realiti daripada jenama jam tangan untuk menciptanya. Hanya 4,000 unit dibikin. Kamera ini punya spesifikasi seperti meter exposure, rangefinder, indikator EV, angle viewfinder, telescopic lens shade, build-in-filters dan alat untuk paparan panoramic dan stereoscopic. Iklan Compass pada tahun itu bermotokan “Build like a watch – as simple to use.”

Annual Filmmakers
Coco Rocha. Gambar Greg Williams
Annual Filmmakers
Paolo Sorrentino, Charles Finch & Isabelle Gervais. Gambar Getty Images
Annual Filmmakers
Jaeger-LeCoultre Rendez-vous Moon 39mm

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE