SEARCH

Istimewa! Jam Tangan Hari Raya & Hari Bapa Ball Watch

Istimewa! Jam Tangan Hari Raya & Hari Bapa Ball Watch

Aidilfitri bakal menjelma lagi, lebih kurang 10 hari lagi kita bakal meraikan Aidilfitri dan apa salahnya sambut sama Hari Bapa bersama keluarga. Ball Watch berkongsi keistimewaan bulan mulia ini menerusi jam tangan Ball Engineer II Marvelight dan Fireman NECC II. Dua aksesori jam tangan hari raya ini, cara kita tunjukkan penghargaan kepada bapa.

Putih Tanda Kesetiaan

jam tangan hari raya

The Engineer II Marvelight mewakili intepretasi jam tangan klasik yang mengetengahkan rekaan minimalis. Daripada bentuk tiub gas segi empat tepat besar yang membolehkan pengguna membaca waktu di atas dial pada waktu malam dengan mudah, susun atur yang kemas memudahkan kebolehbacaan pada bila-bila masa.

jam tangan hari raya

jam tangan hari raya

Logo RR pada jarum jam utama memberi penghormatan kepada warisan Ball Watch. Penggunaan warna hitam yang halus pada indeks mejadi kontra menarik pada dial putih.

Biru warna hitam yang baru

jam tangan hari raya

Case keluli tahan karat dan pilihan varian warna antara biru dan hitam menambah kecanggihan koleksi Fireman NECC II untuk jam menyelam ini. Direka dengan kerjasama dan sokongan dari U.S Navy Expenditionary Combat Command (NECC). Ini edisi kedua yang tahan ‘kekasaran’ daratan dan laut.

jam tangan hari raya
Ia menyediakan 5,000 Gs kalis kejutan, anti-magnet sehingga 4,800 A/m dan kalis air hingga 300m/1,000ft. Dari segi bahan, jam tangan ini mempunyai diameter case keluli tahan karat seluas 40.5mm. Disalut dengan titanium hitam yang mempunyai penarafan 9.5 pada skala kekerasan Mohs sedikit di belakang berlian semulajadi. Bezel menyelam biru metalik diperkemaskan dengan dial dan tali getah hitam. Pembacaan jam ini membolehkan penyelam mengukur waktu menyelam sehingga 60 minit dengan angka atau indeks pada selang lima minit.

jam tangan hari raya

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE