SEARCH

Pameran Jam Tangan Pilot IWC Schaffhausen Meriah Di Pavilion KL

Pameran Jam Tangan Pilot IWC Schaffhausen Meriah Di Pavilion KL

Lebih 250 tetamu dijemput ke parti koktel di Centre Courte Pavilion Kuala Lumpur untuk meraikan Pameran Jam Tangan Pilot IWC Schaffhausen. Menarik lagi, turut dipamerkan ialah replika angkasa Silver Spitfire dalam rangka promosikan rangkaian IWC Aviation Heritage.

Setelah meraikan pameran yang sama di Singapura dan Thailand, IWC Schaffhausen terbang ke Malaysia untuk mempertontonkan kepada penggemar koleksi, peminat jenama, tetamu VIP, sosialitas kota dan selebriti tanah air. Pameran ini diterajui oleh Hannes Pantli, Lembaga Pengarah Swiss Watch.

Acara telah dipandu oleh penyiar televisyen, Adrian Seet. Antara barisan selebriti senarai A negara yang turut hadir memberi sokongan ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Alif Satar.

IWC Aviation Heritage Bintang Utama Pameran

Koleksi yang diangkat pada majlis itu ialah Special Watch for Pilots (1936), Royal Australian Air Force (1957), Big Pilot’s Watch (1940) dan British Army (1945). Sejarah IWC dengan penerbangan terikat lama sehingga koleksi terkini yang dilancarkan pada acara tersebut iaitu model Spitfire yang menggunakan 100 peratus pergerakan yang dibikin sendiri jenama. Juga model Top Gun yang menggunakan ‘mesin’ yang diinovasi oleh Caratanium dan seramik berwarna pasir.

Lebih 80 tahun lalu, IWC membawakan ‘Special Dream of Pilots’ yang telah direka khas buat juruterbang bersaudara yang mahir dalam keperluan untuk jam tangan seorang juruterbang. Kami berbesar hati untuk mempamerkan jamtangan itu buat pertama kali di Malaysia pada pameran ini.” Stanislas Rambaud, Pengarah Urusan IWC Asia Tenggara.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE