SEARCH

Bintang Westworld, James Marsden Menyampaikan Third Filmmaker Award Pada IWC Gala Dinner Di Zurich

Bintang Westworld, James Marsden Menyampaikan Third Filmmaker Award Pada IWC Gala Dinner Di Zurich

James Marsden menyampaikan Anugerah Pembikin Filem ketiga pada acara makan malam gala IWC bertemakan ‘For the Love of Cinema’ sebagai sebahagian daripada agenda Zurich Film Festival (ZFF) ke-13.

Juri memilih ‘Paradise War’ sebagai filem terbaik daripada tiga filem pencalonan akhir. Pemenang memenangi wang tunai sejumlah CHF 100,000. Anugerah ini telah dicetuskan oleh Persatuan Promosi Filem Switzerland (Verein zur Filmförderung in der Schweiz).

james marsden
James Marsden sedang berbual bersama hos, Sandra Studer.

 

Tujuan utama penubuhan adalah untuk menyokong projek-projek filem Swiss dalam peringkat pengeluaran yang lebih maju.

James Marsden terkenal dengan watak Cyclops dalam tiga-tiga filem X-Men. Pelakon asal Oklahoma ini sedang hangat dengan watak Teddy Flood untuk siri TV ‘Westworld’. Marsden juga melancarkan filem terbaru arahan Rob Reiner berjudul ‘Shock and Awe’ di festival tersebut.

james marsden
James Marsden menunjukkan pergelangan tangannya yang memakai jam tangan IWC Shaffhausen

“Ia adalah penghormatan kepada saya berada di sini untuk menyampaikan anugerah. Anugerah Filmmaker memainkan peranan penting dalam membawa projek-projek kreatif oleh warga Swiss ke layar lebar. ” James Marsden.

james marsden
James Mardsen menandatangani poster wajahnya untuk peminat.
Penganugerahan di IWC Gala Dinner

Lokasi tertumpu di restoran dan kelab Aura di Zurich, acara penyampaian anugerah bertemakan ‘For the Love of Cinema’ dihoskan oleh personaliti TV terkenal, Sandra Studer. Pepe Lienhard dan orkestranya menyediakan hiburan muzik lagu-lagu daripada filem terkenal.

IWC turut menjemput pelakon, personaliti dari dunia media, seni, perniagaan dan politik untuk turut sama menyerikan acara tersebut. Syarikat pembuat jam tangan dari Schaffhausen punya komitmen kuat dengan pembuat filem dan wayang.

IWC tidak hanya terlibat untuk ZFF, tapi turut menyokong festival filem di London, New York, Peking, Dubai dan Toronto. Ini kerjasama keempat antara IWC dan Festival Filem Zurich.

james marsden
CEO IWC Schaffhausen, Christoph Grainger-Herr menberi kata alu-aluan pada IWC Gala Dinner.

 

Siapa Lagi Yang Hadir di Acara Ini?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE