SEARCH

Virgo Season: 3 Jenis Perangai Virgo, Kamu Yang Mana Satu?

Virgo Season: 3 Jenis Perangai Virgo, Kamu Yang Mana Satu?

Adakah kamu bangun pagi hari ini dan berasa lebih fokus dan dalam mood untuk lebih teratur dalam pengurusan kerja? Sememangnya kini Virgo season di mana kita semua berada di bawah pengaruh ahli-ahli yang bijak, sangat teratur, terlalu risaukan pelbagai perkara. Ini menjadi perubahan besar daripada fasa musim sang Leo.

Virgo datang dengan stereotaip mereka iaitu selalu dianggap sebagai kritikal dan anti-keseronokan. Positifnya, ini adalah tanda bahawa kamu fokus dan dapat melangsaikan tugas yang dikerjakan. Dan ya, ini bermakna bahawa Virgo cenderung menyukai apa yang diminati hanya dalam dirinya sahaja tanpa perlu dihebohkan kepada orang lain.

Sesungguhnya, terdapat beberapa jenis keperibadian yang ditakrifkan di dalam bintang ini. Sempena menghormati musim Virgo, kita akan melihat dengan lebih dekat tiga jenis perangai Virgo yang berbeza;

Momager
Maksud: Seperti ibu yang juga pengurus kepada anak

Kris Jenner mungkin seorang Scorpio, tetapi sikapnya yang suka membetulkan adalah contoh kehidupan sebenar yang sempurna daripada jenis Virgo. Dia mengawasi kehidupan yang sangat huru-hara daripada perwatakan anak-anaknya yang beragam. Virgo mampu mencari penyelesaian masalah yang cepat, kebijaksanaan dia berbicara untuk menyelesaikan masalah yang sukar. Apa rahsia mereka? Kamu mungkin tertanya-tanya apabila melihat mereka multitask setiap hari. Paling bahaya jika seorang Virgo terlalu memikirkan dan menyediakan sesuatu pada keadaan darurat atau pada minit terakhir.

Jika kamu mengenali seseorang Momager dalam hidup kamu, galakkan mereka untuk berehat daripada sifat ini dan biarkan kamu yang mengendalikan perancangan. Mereka mungkin akan membencinya, tetapi mereka akan berterima kasih kelak.



Earthchild
Maksud: Seorang yang bijak dan punya apresiasi mendalam terhadap muzik, seni dan fenomena alam semula jadi.

Intinya dengan Virgo yang seorang ini adalah kesejahteraan dan persekitaran semulajadi mereka yang biasanya menjadi keutamaan. Jika kamu cukup dekat dengan mereka, mereka dengan senang hati menerima dengan kehadiran kamu. Ini adalah jenis Virgo yang kamu boleh panggil apabila kamu perlu bercerita tentang masalah kamu. Masih ragu-ragu ada Virgo jenis sebegini? Perlu lebih bukti jenis ini benar-benar wujud? Mother Teresa adalah seorang Virgo.

Miranda Priestly
Moto keseluruhan Virgo juga boleh menjadi seperti watak ikonik Devil Wears Prada. Jenis Virgo ini lebih keras dalam semua keadaan. Dia mempunyai harapan tinggi, kesediaan, kekecewaan daripada jenis yang lain. Kamu tidak salah jika berasa sedikit takut dengan Virgo yang sebegini. Tetapi, mereka tidak semua bitc*y. Jika rahsia Momager adalah mereka sentiasa merancang dan mengerjakan masa depan, rahsia Miranda Priestly pula adalah mereka menuntut segala yang dikerjakan seperti yang mereka lakukan terhadap orang lain. Sukar untuk mengubah sikap perfectionist mereka, kerana mereka benar-benar menepati janji-janji, tetapi ingatkan kepada Virgo jenis ini bahawa setiap orang melakukan kesalahan. Ini mungkin satu wake-up call terbaik untuk dia membuka mata.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE