SEARCH

JW Marriott Kuala Lumpur – Kelahiran Semula Sebutir Bintang Di Tengah-Tengah Bukit Bintang

JW Marriott Kuala Lumpur – Kelahiran Semula Sebutir Bintang Di Tengah-Tengah Bukit Bintang

JW Marriott Kuala Lumpur (JW Marriott KL) megah membuka pintunya buat kali pertama pada tanggal 12 Julai 1997.

Seterusnya ia meletak tanda aras yang sangat tinggi pada sektor perhotelan di Malaysia, khususnya Kuala Lumpur, ibu negara bertaraf kosmopolitan yang kaya dengan sejarah dan silang budaya dari seluruh dunia.

Terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur, JW Marriott KL selalu menjadi pilihan utama ahli-ahli perniagaan dan golongan elit yang singgah untuk sesi santai sambil bekerja di tengah-tengah nadi ekonomi dan hiburan negara.

JW Mariott Kuala Lumpur by STAIL.MY 1

Tanggal 5 Disember 2017, bermulalah sejarah baru buat hotel yang sudah pun menjangkau usia 20 tahun ini. Dua gergasi perhotelan negara bergabung untuk menjana semula hotel bertaraf 5 bintang di tengah-tengah jantung Bukit Bintang ini. Proses penambahbaikan semula dan ubahsuai perdana berlangsung sepanjang tahun ini.

Atas semangat usahasama sesama industri, Tan Sri Dato’ (Dr) Francis Yeoh selaku Pengarah Besar Kumpulan Syarikat YTL bersama Dato’ Mark Yeoh selaku Pengarah Eksekutif YTL Hotels dan pihak JW Marriott International sendiri – Presiden JW Marriott KL, Arne Sorenson dan Craig Smith, Pengarah Urusan Asia Pasifik bersama-sama menurunkan tandangan persefahaman.

Kerjasama yang cerah ini melahirkan JW Marriott KL yang baru. Dikenali sebagai “The Happening Hotel”, 578 buah bilik hotel JW Marriott KL telah dikemas kini untuk memberi perkhidmatan paling mewah, cantik, selesa dan terbaik. Meneruskan jenama JW Marriott KL yang gah untuk terus kekal unggul di arena perhotelan Malaysia.

JW Marriott Kuala Lumpur by STAIL.MY 2

JW Marriott Kuala Lumpur by STAIL.MY 3

JW Marriott Kuala Lumpur by STAIL.MY 4

JW Marriott Kuala Lumpur by STAIL.MY 5

JW Marriott Kuala Lumpur by STAIL.MY 6

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE