SEARCH

8 Kalendar Hadiah Harus Kamu Dapatkan Sebelum Natal

8 Kalendar Hadiah Harus Kamu Dapatkan Sebelum Natal

Pasti teruja jika kamu dihadirkan kalendar hadiah miniature mewah (advent calendar) di akhir bulan ini sempena menyambut bulan Disember dan Natal. Kalendar yang selalunya diisi dengan pelbagai hadiah miniatur ini boleh jadi bermacam-macam pengisian di dalamnya. Jika kamu buat sendiri tentunya memerlukan banyak tenaga dan usaha, hadiahnya juga boleh jadi bermacam-macam. Tidak perlu khuatir, kerana banyak jenama sudah mula menjual advent calendar yang siap diisi produk-produk mereka. Rasa-rasa kalau jenama barang kemas yang buat sebegini pasti boleh jadi kaya sekelip mata tidak? Bertuahlah badan!

8 Kalendar Hadiah Kegemaran STAIL

1. Tiffany & Co.

Seronoknya jika dapat kalendar ini! Mau tidaknya jika di dalam setiap kotak diisi dengan barangan kemas daripada Tiffany & Co. Sesungguhnya satu pelaburan yang bagus. Kalendar ini berharga £104,000 (darab sendiri dengan harga Malaysia) boleh didapati di laman web ini.

2. Diptyque

Bagi saya apa jua wangian untuk Natal nanti saya menjadi orang yang paling bahagia! Lebih-lebih lagi jika wangian itu daripada rangkaian Diptyque yang terdiri daripada lilin, pewangi, losyen tangan dan perhiasan. Diptyque Advent Calendar berharga £320, boleh dapatkan di sini.

3. Dior

Ini sebuah harta Karun daripada Dior. Rahsia di dalam kotak hanya pemiliknya saja yang tahu. Berharga £340, dapatkan terus di laman ini.

4. Carolina Bucci

Hadiah yang sempurna buat sesiapa saja yang gemar mencipta sesuatu yang baharu setiap hari. Ini kalendar pertama seumpamanya untuk jenama ini yang meliputi 46 manik, emas Florentine Finish 18 karat dan Lorex yang tersembunyi di dalam. Hasilnya, kamu dapat mencipta gelang manik forte mengikut rekaan kamu sendiri. Berharga £850 boleh dapatkan di sini.

5. Wedgwood

Bagi yang obsesif dengan perhiasan mewah, Wedgwood juga menawarkan keistimewaan dalam setiap tetingkap kalendarnya. Ia bakal mengisi kekosongan pokok Krismas dengan kemewahan. £600

6. Marks & Spenser

Perayaan Natal nanti pasti terdapat sesi bersantai bersama keluarga dan teman. Marks & Spenser pula menyediakan kepelbagaian dalam minuman alkohol dalam kalendar ini. £100

7. Fortnum & Mason

Mengandungi hidangan perayaan yang pasti dicari sepanjang bulan Disember nanti. Terkandung daripada jeli kelopak mawar, air, kek buah-buahan, coklat karamel dan banyak lagi berharga £200.

8. Charbonnel et Walker

Jika insan istimewa mempunyai citarasa yang tradisional, boleh usulkan Charbonnel et Walker kerana ia rata-rata mengandungi coklat pelbagai perisa. £58

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE