SEARCH

Kamera Nikon D5600 & D3400 ‘Melukis’ Momen Menarik Percutian STAIL.MY

Kamera Nikon D5600 & D3400 ‘Melukis’ Momen Menarik Percutian STAIL.MY

Ini bukanlah satu perbandingan, kerana sah-sah Kamera Nikon D5000 jauh menang. Tapi ini satu reviu yang mungkin dapat membantu sesiapa yang mahu membeli kamera digital jenama ini nanti.

Kamu boleh lihat spesifikasi yang akan saya nyatakan di bawah. Mari kita mula dulu dengan kamera digital Nikon D5600. Saya jamin sesiapa yang memakai model ini walaupun mereka daripada golongan amatur dalam dunia fotografi, pasti dapat cepat belajar dan menghasilkan gambar-gambar menarik daripadanya.

kamera nikon D5600

Nikon D5600 Hampir Sempurna

Nikon D5600 masih menggunakan pemproses pengolah gambar EXPEED 4 dan beresolusi 24 Megapiksel. Antara teknologi terkini yang disematkan dalam badannya ialah teknologi yang jimat energi.

Keunggulan lain terletak pada fungsi WiFi yang dibina di dalam, Bluetooth yang memudahkan gambar dikongsi terus ke telefon mudah alih melalui aplikasi. Paling menarik sekali skrin paparan yang boleh diterbalikkan untuk kamu yang gemar bervlogging.

Saya gemar menggunakan D5600 kerana ia mudah mengambil gambar juga kerana paparan skrinnya. Selain itu, ia mampu mengambil gambar multiple dengan hasil menggagumkan.

Tidak dilupakan juga, sistem audio yang terbina ialah surround. Boleh dilihat pada atas badan dengan dua simbol pembesar suara yang dikenalpasti menangkap bunyi sekeliling.

Nikon D3400 Tidak Kurang Hebatnya

Tidak ada paparan skrin boleh diterbalikkan dan sistem bunyi surround seperti model D5600, namun pada saya ia masih boleh dibanggakan. Saya berani katakan ia seperti model kamera yang mampu milik namun kamu mahukan hasil yang sama bagus dengan yang lain.

Kelebihan Nikon D3400 terletak pada resolusi yang tinggi berbanding kamera pesaing yang sama ‘taraf’ dengannya. Dengan ciri-ciri resolusi tinggi membuatkannya menang jika kamu mahukan gambar kamu nampak hingga ke perincian. Ia punya 24 Megapiksel.

kamera nikon D5600

Selain itu, ada juga ciri-ciri Bluetooth low energy (BLE) yang mampu menjimatkan penggunakan bateri kamu saat mahu berkongsi gambar ke telefon pintar tanpa menggunakan kabel yang melecehkan.

Namun, sedikit saja kekurangannya, walaupun ia sudah terbina dengan teknologi baru, Nikon D3400 kurang dari segi anti debu yang berfungsi membersihkan sensor dan port external mikrofon yang digunakan untuk mendapatkan input suara. Maka, kamu perlu sedikit perhatian dari segi kalis debu.

Lihat video-video percutian kami tempoh hari yang 100 perataus menggunakan dua kamera hebat ini di bawah juga di YouTube rasmi STAIL.MY.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE