SEARCH

Daripada Katalog Baharu Ikea, Pembukaan Foot Locker Ke Model Conquest Classic Kemaskinikan Produk Terbaharu Masing-masing

Daripada Katalog Baharu Ikea, Pembukaan Foot Locker Ke Model Conquest Classic Kemaskinikan Produk Terbaharu Masing-masing

Menarik dalam kalendar gaya hidup minggu ini dimulakan dengan pengumuman katalog baharu Ikea yang menambah produk-produknya sehingga berita menarik luar negara yang berlaku di England, berkenaan model kereta legenda yang dipamerkan semula sempena Goodwood Revival 2019.

Ikea Lancarkan Katalog Baharu 2020 Bertemakan Bilik Tidur

Fokus Ikea tahun ini kepada kamar mimpi agar mendapat tidur yang lebih berkualiti. Tujuannya agar pelanggan dapat terinspirasi daripada corak cadar dengan kombinasi baharu lantas dapat menghargai masa tidur dengan lebih baik. Ikea mengajak orang ramai mengutamakan masa tidur yang telah ditetapkan bagi mengekalkan fungsi fizikal dan mental secara berkesan. Selak dan bawa pulang katalog baharu Ikea 2020 di sini atau boleh didapati di semua cawangan Ikea seluruh negara hari ini.

Foot Locker Buka Butik Baharu Di Sunway Pyramid

Destinasi terkenal bagi kasut, pakaian dan aksesori khusus untuk gaya hidup cergas dan bersukan merasmikan butik keempatnya di Sunway Pyramid. Menghimpunkan koleksi kasut dan pakaian yang menarik daripada rakan-rakan jenama global, termasuk Nike, Jordan, Adidas, Puma, Fila dan Champion. Antara tawaran yang menarik, ialah pelanggan pasti rambang mata dengan pilihan Nike Air Max Plus (TN’s) yang terbesar di pasaran.

Hanya Yang Layak Sahaja Boleh Naik

Rolls-Royce cipta semula sejarah permotoran di Goodwood Revival 2019. Pameran permotoran edisi ke 21 itu kembali dengan membawa semula ke era glamor jenama itu pada 1950-an. Model legenda seperti Rolls-Royce Silver Cloud II yang mempunyai lantai yang panjang serta didatangkan dalam warna koko dan karamel. Tetamu yang diundang berpeluang merasakan pengalaman magika ini seakan menaiki permaidani terbang.

Rekaan Conquest Classic Lebih Bold dan Diperhalusi

Longines meraikan feminin pada koleksi Conquest Classic dengan penuh elegan. Terdapat dua saiz iaitu diameter 29.50mm dan 34mm. Menarik lagi, koleksi ini menawarkan lima dial yang berbeza warna antaranya sunray blue, sunray black, sunray silver, white mother of pearl dan black mother of pearl. Indeks berwarna merah jambu atau berlian melengkapkan lagi dial pada model ini. Tali keluli tahan karat menambah kemewahan pada rupa jam tangan ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE